Sunday, October 7, 2012

PROGRAM DIGITAL MALAYSIA



mdec
PELAKSANAAN Program Digital Malaysia yang bertujuan memacu negara menjadi ekonomi digital maju dalam tempoh lapan tahun adalah mengikut jadual dan mencapai kemajuan memberangsangkan.

Lapan projek program itu yang dikenal pasti dilaksanakan dalam tempoh sasaran sudah berlangsung dan berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan yang mana menjelang akhir tahun depan dianggarkan mampu menyumbang kepada Pendapatan Negara Kasar (GNI) terkumpul berjumlah RM270.75 juta.
Projek itu ialah hab ‘e-fulfilment’ Asia, perkhidmatan e-Pembayaran bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), perkhidmatan perusahaan perkongsian awam, sumber mikro untuk menjana pendapatan, dan e-Dagang untuk memacu perdagangan antarabangsa.

Tiga lagi ialah pembelajaran secara dalam talian yang direka khas mengikut permintaan, pembangunan industri sistem teras, dan Dompet Digital Mudah Alih.
Multimedia Development Corporation (MDeC) yang ditugaskan menerajui Program Digital Malaysia itu berkata, berdasarkan laporan kemajuan yang dikemukakan kepada jawatankuasa pemandu Digital Malaysia pada Selasa lalu, lapan projek berkenaan juga telah merekodkan komitmen pelaburan sebanyak RM187.47 juta daripada sektor swasta.
Katanya, Jawatankuasa pemandu juga turut menerima laporan mengenai kemajuan yang dicapai dalam pelaksanaan Akaun Satelit ICT (ICTSA) oleh Kementerian Kewangan menerusi kerjasamanya dengan MDeC, Jabatan Perangkaan (DoS) dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU).

ICTSA adalah petunjuk yang digunakan bagi mengukur kesan limpahan sektor ICT dalam ekonomi domestik.
Penubuhannya juga tepat pada masanya kerana ia akan memberi gambaran dan data terperinci mengenai ICT dan e-Perdagangan, iaitu dua komponen asas dalam Program Digital Malaysia bagi menjayakan pelaksanaan projek sepanjang lapan tahun itu.
Ketua Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali berkata, walaupun pelaksanaan projek berkenaan berupaya memacu pembangunan dengan adanya ketersediaan infrastruktur yang betul, sistem serta pembabitan rakan kongsi, namun ia tidak akan mencapai sasaran utama iaitu meningkatkan GNI negara, produktiviti dan taraf hidup jika tanpa pembabitan kumpulan sasar.

Wednesday, October 3, 2012

SYARAT KELAYAKAN BR1M 2.0


Berikut adalah syarat kelayakan permohonan BR1M 2.0 untuk sesi 2013. Kerajaan bermurah hati menawarkan Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk kali kedua. Nampaknya Bantuan Rakyat 1Malaysia ini diperluaskan lagi kepada golongan bujang yang mempunyai gaji dibawah RM2000.
BR1M 2.0 Kali Kedua
Syarat Kelayakan BR1M 2013
Bujang
Syarat kelayakan (bujang) : Anda mesti berstatus bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan
Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM250
Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
Tarikh Pembayaran : Awal 2013
Isi Rumah
Syarat kelayakan (bekeluarga) : Isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah
Jumlah Penerima : 4.3 juta isi rumah
Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia : RM500 (kekal seperti pada pusing pertama)
Jumlah Penerima : 2.7 juta individu bujang
Tarikh Pembayaran : Awal 2013
Cara Memohon Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013
Untuk mohon BR1M, sila layari Daftar BR1M 2.0 dan borang hanya boleh didapati awal bulan November 2012 ini. Mana-mana penerima bantuan BR1M Malaysia sebelum ini tidak perlu mendaftar kali kedua. Hanya khas untuk pemohonan yang baru sahaja.
  1. Datang sendiri ke kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  2. Semasa datang mendaftar kelak, dokumen wajib yang perlu di bawa pastilah borang pendaftaran bantuan BR1M 2.0 Malaysia, Salinan Mykad/kad polis/kad tentera dan jika perlu bawa sekali salinan gaji anda.
  3. Penerima bantuan e-Kasih juga layak menerima bantuan BR1M 2.0 Malaysia ini.
Tarikh Pembayaran BR1M 2.0
Akan dibayar pada awal tahun 2013

PELAJAR IPT TIDAK LAYAK BR1M


Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tidak dapat BR1M tetapi hanya layak dapat BB1M  Baucar Buku 1Malaysia. BB1M yang bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua dan akan memanfaatkan buat semua pelajar.  Sebelum ni kesilapan maklumat di akhbar harian yang menyatakan bahawa golongan siswazah dan penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun ke atas, layak menerima bantuan itu.
baucar buku 1malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2013 pada Jumaat lalu memaklumkan bahawa di bawah projek BR1M 2.0, hanya isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM500.
Bantuan itu kali ini turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, dan mereka layak menerima bantuan sebanyak RM250.