Showing posts with label ISU PENGGAL 1. Show all posts
Showing posts with label ISU PENGGAL 1. Show all posts

Tuesday, November 5, 2013

148 JAWATANKUASA DITUBUH ATASI MASALAH RAKYAT

 148 JAWATANKUASA DITUBUH ATASI MASALAH RAKYAT

menteri kesejahteraan
Putrajaya: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menubuhkan 148 Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) mulai Januari tahun depan bagi membantu mendekatkan rakyat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata pelaksanaan program itu bukan saja dapat mengukuhkan lagi hubungan baik antara kedua-dua pihak, malah ia selari Bajet 2014 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Jumaat lalu. 
Maklum isu perbandaran
JPP juga menyediakan platform rasmi kepada penduduk di bandar untuk mengutarakan masalah perbandaran dan cadangan berbincang dengan kerajaan secara lebih teratur, berstruktur dan rasmi, katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan KPKT, di sini, semalam.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Seri Arpah Abdul Razak; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPKT, Datuk Noriah Hashim dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar), Datuk Halimi Abd Manaf.
Abdul Rahman berkata, walaupun pada peringkat perbandaran kini mempunyai persatuan penduduk seperti Rukun Tetangga, tetapi sukar untuk mereka berhubung terus dengan kementerian kerana struktur itu tidak rasmi.
Bagaimanapun katanya, JPP yang ditubuhkan itu berlainan kerana ia satu struktur rasmi yang akan menjadi penghubung bagi penduduk mengutarakan pendapat atau masalah kepada kerajaan.
Katanya, bagi tujuan itu KPKT akan melantik pemimpin setempat sebagai pengerusi bagi mengetuai Jawatankuasa JPP di setiap zon.
Berita disunting daripada Berita Harian  

Tuesday, September 10, 2013

RELA KINI AGENSI BERTARAF JABATAN

RELA KINI AGENSI BERTARAF JABATAN

 
zahid hamidi.d
Putrajaya: Kabinet semalam bersetuju menjadikan Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebagai agensi kerajaan bertaraf jabatan, iaitu Jabatan Sukarelawan Malaysia. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Jemaah Menteri yang bermesyuarat turut meluluskan gelaran pangkat dan lambang baharu. Semoga dengan penaiktarafan yang diluluskan Jemaah Menteri, ia akan memberi semangat baharu kepada RELA.
Pada bulan lalu, Ahmad Zahid berkata menjadikan RELA sebagai jabatan dapat memberikan peluang kenaikan pangkat serta menggalakkan pembabitan anggota yang separa aktif dan tidak aktif terutama lepasan universiti. Dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata RELA yang kini dianggotai 2.87 juta ahli di seluruh negara melalui era transformasi yang membanggakan sejak 2009. Bermula dengan penambahan ahli yang melonjak daripada 540,000 kepada hampir lebih kurang tiga juta pada akhir tahun ini, katanya.
Tingkat peranan RELA
Ahmad Zahid berkata, RELA yang menubuhkan Pasukan Pengurusan Krisis (CMT) di setiap daerah berjaya memantapkan peranannya untuk membantu kerajaan khususnya ketika menghadapi keadaan genting seperti bencana alam dan ancaman keselamatan. Beliau yakin anggota RELA sudah bersedia untuk membantu mana-mana agensi keselamatan khususnya PDRM (Polis Diraja Malaysia) dalam usaha membanteras jenayah di negara ini.
Mengenai Program Semarak Jalur Gemilang, Ahmad Zahid berharap ia dapat menyuntik semangat masyarakat untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara. Beliau yakin RELA dengan kepemimpinannya mampu menggerakkan semangat kecintaan terhadap negara ini melalui gelombang kesukarelawan yang dilaksanakan.

Wednesday, July 17, 2013

AKTA KEHARMONIAN SOSIAL

Putrajaya: Datuk Seri Najib Razak menegaskan penggubalan Akta Keharmonian Nasional menggantikan Akta Hasutan 1948 mengekalkan tiga prinsip utama bagi menangani perbuatan yang mendatangkan kebencian dan penghinaan kepada institusi serta peruntukan Perlembagaan sedia ada.

Perdana Menteri juga memberi jaminan ia tidak menjejaskan kuasa kerajaan menangani perbuatan menggugat perpaduan dan kehar-monian masyarakat.
Beliau berkata, tiga prinsip itu termasuk menangani perbuatan dan perlakuan yang mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja. 


Tangani niat jahat

Ia juga akan menangani perbuatan dan perlakuan yang mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk berlainan agama di negara ini.

Akta itu juga akan menangani perbuatan dan perlakuan mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 151, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.

“Walaupun kerajaan ingin menjamin kebebasan bersuara setiap warga negara, ia tidak boleh disalah gunakan sehingga jejaskan perpaduan negara. 
“Tindakan biadab dan kurang ajar yang menghina agama Islam, menunjukkan kebebasan bersuara serta menyuarakan pendapat yang tidak bertanggungjawab boleh memudaratkan masyarakat,” katanya semalam.

Najib juga berkata, kerajaan perlu menentukan prinsip yang dapat menjaga kepentingan negara termasuk keharmonian hubungan antara kaum dan kedudukan agama.

“Ini bukan soal agama Islam saja tapi sensitiviti semua kaum dan agama... kita akan berlaku adil tapi prinsipnya, kita tak boleh hina agama atau membakar perasaan benci antara kaum. Kalau ini kita tidak ambil tindakan tegas, ia boleh rosakkan tiang seri negara iaitu perpaduan nasional dan keharmonian negara.

Tiada kebebasan mutlak

“Dalam hal ini kita mesti bertegas, saya selalu menegaskan bahawa prinsipnya ialah kebebasan tetapi dengan kebertanggungjawaban, tidak boleh ada kebebasan mutlak yang memudaratkan kepentingan dan keharmonian nasional,” katanya.

Mengenai keperluan undang-undang baru menyamai Ordinan Darurat bagi membendung kes jenayah, Perdana Menteri berkata kerajaan akan mendapatkan pandangan polis dan Jabatan Peguam Negara, selain pihak berkepentingan seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) serta Majlis Peguam Malaysia.

Tuesday, July 16, 2013

KABINET BANTU PELAJAR GAGAL KE IPT

KABINET BANTU PELAJAR GAGAL KE IPT

ipta3.d
Kuala Lumpur: Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kabinet akan membincangkan isu pelajar gagal mendapat tempat di universiti awam minggu ini.
Mereka tahu sesetengahnya kecewa kerana tidak mendapat tempat di universiti tetapi jangan putus asa. (Perkara itu) akan dibincangkan di Kabinet minggu ini mengenai cara terbaik membantu pelajar berkenaan.
Buat rayuan
Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan, berkata 18,000 pelajar gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) walaupun memenuhi syarat dan meminta mereka membuat rayuan. Seramai 68,702 memohon untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2013/2014 tetapi hanya 41,573 mendapat tawaran. 

JIKA BOLEH LUCUTKAN TARAF WARGANEGARA

JIKA BOLEH LUCUTKAN TARAF WARGANEGARA

 mahatihir--2
SHAH ALAM 16 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perbuatan mempersendakan bulan Ramadhan di laman Facebook oleh Alvin Tan dan Vivian Lee jika dibenarkan undang-undang, mereka seharusnya dilucut kewarganegaraan.
Katanya, namun undang-undang di negara ini tidak pernah melucutkan kewarganegaraan seseorang. Jelasnya, perbuatan menceroboh agama lain adalah perkara yang tidak baik dan boleh sampai ke peringkat mencetuskan rusuhan .
Beliau berkata, jika kita lihat, di negara lain banyak berlaku rusuhan disebabkan oleh agama, namun Alhamdulillah negara kita tidak berlaku rusuhan itu. Namun, apa yang kita nampak perbuatan ini adalah tidak bertanggungjawab dan menyakitkan hati orang lain yang mungkin orang lain akan balas lalu bermusuh Mereka ini adalah orang yang tidak ada akal dan bodoh yang tidak boleh di ajar.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Alvin Tay Jye Yee, 25, dan pasangannya, Vivian Lee, 24, yang mempersenda bulan Ramadan dengan memuat naik gambar makanan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini. Beliau menambah, jika berlaku rusuhan , mereka ini tidak akan bertanggungjawab dan perlu dikenakan tindakan tegas jika tidak dilucutkan kewarganegaraan.
Selain itu, Mahathir turut berkata, undang-undang dibuat adalah untuk menentukan hidup kita lebih selesa. Undang-undang dibuat untuk menjadikan masayarkat kita lebih sempurna dan jika mansuhkan semua undang-undang, saya fikir kita akan binasa.