Monday, April 13, 2015

FENOMENA CUACA PANAS: NEGERI PERLU KAJI, SEDIA SUMBER AIR BAWAH TANAH DAN KOLAM TAKUNGAN

span
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) meminta semua negeri mengkaji dan menyediakan sumber air bawah tanah dan kolam takungan bagi menambah bekalan air mentah dalam mendepani fenomena cuaca panas bulan depan.
Pengerusi SPAN, Datuk Ismail Kasim menyatakan, kerajaan negeri juga disaran mengkaji untuk melaksanakan pembenihan awan dengan bantuan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET).SPAN meminta semua negeri melalui operator airnya memantau secara rapi kedudukan sumber di empangan dan sungai yang membekalkan sumber air mentah ke loji-loji rawatan air di negeri masing-masing.
MET sebelum ini melaporkan Malaysia terutama di kawasan utara pantai barat semenanjung diramal akan kurang menerima hujan sehingga penghujung Mac depan yang menyebabkan berlakunya cuaca panas dan kering.
Pengerusi SPAN menyatakan, dalam perkara ini, langkah diambil kerajaan Selangor dalam membuat persediaan berdepan musim kering dan panas ini boleh dicontohi.Kerajaan Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) katanya, sudah bersiap sedia dengan kolam takungan air di sekitar Bestari Jaya dan mula mengepam air daripada kolam itu ke Sungai Selangor apabila paras sungai menjadi rendah untuk dirawat di loji rawatan air utama.
Melalui cara itu, paras di Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi dapat dikawal supaya tidak merosot dengan mendadak. Dalam masa sama, kerajaan Selangor juga telah memulakan usaha pembenihan awan.
Berita Disunting Daripada Berita Harian

JANGAN PANDANG REMEH PERUBAHAN IKLIM, PEMANASAN GLOBAL - NAJIB

najib
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata fenomena perubahan iklim dan pemanasan global tidak lagi boleh dipandang remeh.
Katanya, taburan hujan telah berubah dan Malaysia menempuh musim kemarau terlampau hingga mengalami krisis air di beberapa negeri pada awal dan pertengahan 2014 dan pada penghujung tahun pula, hujan lebat berterusan telah membawa kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa akibat banjir.
Sebagai contoh, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan merekodkan taburan hujan tinggi iaitu 1,295 milimeter bagi tempoh 21 hingga 23 Disember 2014 yang bersamaan dengan taburan hujan bagi 64 hari, katanya ketika berucap mempengerusikan mesyuarat Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim (MTHPI) di sini hari ini.
Najib juga berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengesahkan bencana banjir terburuk dan tanah runtuh yang berlaku itu ada kaitannya dengan kegiatan pembukaan tanah untuk pertanian dan pembangunan serta penerokaan tanah haram.
Laporan Penilaian Kelima Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) yang diterbitkan tahun lepas oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) dan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNEP) telah memberi amaran bahawa langkah-langkah mitigasi yang diambil masih belum mencukupi untuk mengehadkan tahap peningkatan suhu pada dua darjah Celsius.
Ini akan mengakibatkan bencana alam yang sangat serius pada masa depan.
Najib berkata, memandangkan MTHPI yang diwujudkan pada 2010 berperanan merangka agenda pembangunan teknologi hijau dan menangani perubahan iklim maka adalah wajar mesyuarat MTHPI diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Menyentuh mengenai teknologi hijau, Perdana Menteri berkata jumlah pekerjaan hijau yang wujud di Malaysia telah meningkat sebanyak 38 peratus iaitu daripada 61,280 pada 2013 kepada 84,565 pada tahun lepas.
Beliau berkata, teknologi hijau di Malaysia dapat menjadi pemangkin ke arah pembangunan ekonomi hijau yang mampan bukan sahaja dari aspek keseimbangan alam sekitar tetapi juga aspek sosial.
Beliau berkata Kajian Pelan Induk Teknologi Hijau menggariskan lima sektor utama ekonomi iaitu tenaga, pengangkutan, bangunan, sisa dan air.
Najib berkata, dijangka perniagaan hijau berdasarkan landasan "berurus niaga seperti biasa' bagi lima sektor utama ekonomi tersebut akan menyumbang sebanyak RM12.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2020 dan RM27.9 bilion pada tahun 2030.
Sekiranya komitmen jitu diberikan melangkaui "business as usual' (urus niaga seperti biasa) dalam meningkatkan perniagaan hijau adalah dijangka perniagaan hijau akan menyumbang sebanyak RM22.4 bilion kepada KDNK pada tahun 2020 dan RM60 bilion pada tahun 2030, katanya.
Tambah beliau, perniagaan hijau berdasarkan landasan itu juga dijangka dapat meningkatkan peluang pekerjaan hijau kepada 144,590 pada tahun 2020 dan 211,500 pada tahun 2030.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dalam sidang media selepas mesyuarat itu berkata sebanyak lima kertas pertimbangan dibentangkan dalam mesyuarat hari ini iaitu Pelan Induk Teknologi Hijau Negara daripada kementeriannya dan 'A Roadmap of Carbon Intensity Reduction in Malaysia' (Pelan Pengurangan Tahap Karbon di Malaysia) daripada Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli.
Tiga lagi kertas pertimbangan yang dibentangkan ialah 'National Waste Grid' (Grid Sisa Nasional) daripada Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), Cadangan Mewujudkan Industri Green-Blue Packaging daripada SIRIM Bhd dan Pelan Tindakan Mobiliti Elektrik Negara daripada Malaysia Green Technology Corporation.
Berita disunting daripada Berita Harian

Tuesday, March 31, 2015

BANK DUNIA :KEPELBAGAIAN EKONOMI MALAYSIA MAMPU TAMPUNG IMPAK HARGA MINYAK

minyak
KUALA LUMPUR: Kedudukan ekonomi Malaysia yang pelbagai, bukan sahaja menyediakan penampan yang baik, malah mampu menampung dan mengehadkan impak susulan kejatuhan harga minyak, kata Bank Dunia. 
Ahli ekonomi kanan Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Frederico Gil Sander berkata impak daripada kelemahan harga minyak juga diimbangi menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan, selain penambahan hasil daripada cukai lain yang tiada kaitan dengan minyak dan gas (O&G).
Sudah semestinya kejatuhan harga minyak akan memberi cabaran, namun ia dapat ditangani dengan lebih baik berbanding negara lain yang sumber minyaknya menyumbang 95 peratus kepada hasil kerajaan, katanya kepada Bernama.
Bank Dunia menjangkakan purata harga minyak tahun ini pada paras AS$75setong, susut 25 peratus daripada antara AS$97 dan AS$100 setong, tahun lalu.
Sudah bertahun-tahun lamanya pergantungan kerajaan kepada hasil O&G semakin berkurangan dan matlamatnya angka itu akan diturunkan kurang daripada 30 peratus.
Pada 2011, hasil Malaysia daripada petroleum sebanyak 35.8 peratus daripada jumlah pendapatan dan dikurangkan kepada 33.7 peratus pada 2012 dan 31.2 peratus pada 2013.
Berikutan harga minyak mentah yang rendah, kerajaan memutuskan untuk memyerahkan kuasa pasaran untuk menentukan harga bahan api pengguna menerusi sistem apungan terurus yang diumumkan setiap bulan.
Bagi Januari, RON95 dan RON97 masing-masing turun 35 sen kepada RM1.91 dan RM2.11 seliter dan diesel turun 30 sen kepada RM1.93 seliter.
Gil Sander berkata, sistem apungan terurus yang akhirnya akan memansuhkan subsidi bahan api, membantu bajet kerajaan memandangkan ia menjimatkan RM10.7 bilion.
Sistem baharu itu juga baik untuk alam sekitar memandangkan subsidi merangsang penggunaan tenaga secara berlebihan, yang menyebabkan pelepasan karbon yang lebih tinggi.
Memandangkan sistem apungan terurus hanya membabitkan turun naik harga dalam jangka pendek dan tidak membabitkan susidi, ia adalah langkah yang disambut baik, katanya.
Walaupun pengguna menikmati harga bahan api yang lebih rendah hasil daripada pelaksanaan sistem apungan terurus, harga minyak dunia yang rendah memberi kesan ke atas ringgit.
Namun, Gil Sander berkata masih ada 'cahaya di hujung terowong' memandangkan ringgit akan meningkatkan eksport dan mengurangkan insentif ke atas import memandangkan barangan import menjadi lebih mahal menggunakan ringgit, dengan kedua-duanya membantu akaun semasa negara.
Mengenai sama ada kejatuhan harga minyak dunia mengurangkan daya tarikannya kepada pelaburan langsung asing (FDI), beliau berkata: "FDI ditarik hasil daripada dasar makroekonomi yang baik, faktor yang dimiliki Malaysia, selain persekitaran perniagaan yang disediakan, satu lagi aspek yang memihak kepada Malaysia."
Beliau berkata, berdasarkan dasar fiskal, penyediaan bajet mengikut perspektif jangka sederhana akan meningkatkan kredibiliti dasar, seperti penyediaan bajet kementerian-kementerian untuk beberapa tahun ke hadapan.
Berita disunting daripada Berita Harian  

MAS SAHKAN SISTEM DOMAIN LAMAN WEB DIGODAM

fly2
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines mengesahkan sistem domain laman webnya (http://www.malaysiaairlines.com) digodam dengan pengunjung di mana ke laman web lain yang dibuat penggodam.
Bagaimanapun, MAS menyatakan laman webnya masih utuh.
MAS sudah berhubung dengan pengendali perkhidmatan dan sistem dijangka akan kembali seperti biasa dalam tempoh 22 jam.
Kita juga sudah melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Kementerian Pengangkutan, menurut satu kenyataan media MAS yang dikeluarkan hari ini.
MAS turut memberi jaminan penempahan tiket serta maklumat pelanggan tidak terjejas dan masih selamat.
Berita disunting daripada Berita Harian  

88 PERATUS RAKYAT BIMBANG BERSARA DALAM MISKIN

klcc
KUALA LUMPUR: Ketidaktentuan ekonomi global, peningkatan kos sara hidup pada kadar lebih pantas daripada pendapatan dan hutang isi rumah yang tinggi adalah antara sebab 88 peratus rakyat Malaysia bimbang simpanan persaraan mereka tidak akan mencukupi.
Kaji selidik HSBC Bank mendapati lebih 45 peratus daripada warga kerja di negara ini berpendapat kos sara hidup meningkat pada kadar lebih pantas daripada pendapatan mereka, manakala warga Malaysia ialah yang tertinggi di Asia (28 peratus) berkata keupayaan menyimpan untuk persaraan terkesan daripada beban hutang.
Kesan jangka panjang kelembapan ekonomi global akan dirasai ramai untuk beberapa dekad akan datang.
Sungguhpun terdapat tanda-tanda pemulihan ekonomi, impak jangka panjang akan menyebabkan gelombang kepada jutaan rakyat yang terpaksa menggunakan simpanan dan berhutang bagi menghadapi kesukaran yang dihadapi, kata Pengurus Besar Perbankan Runcit dan Pengurusan Kekayaan HSBC Bank Malaysia Bhd, Lim Eng Seong.
Beliau berkata demikian pada taklimat media membentang kaji selidik HSBC Bank bertajuk Masa Depan: Tindakan Yang Seimbang di sini hari ini.
Eng Seong berkata, sungguhpun terdapat tanda-tanda pemulihan ekonomi global mula meningkat sejak pertengahan tahun lalu, 32 peratus daripada rakyat negara ini berasa kemelesetan dan kelembapan ekonomi akan terus melemahkan keupayaan menabung untuk hari tua.
Senario kewangan jangka panjang yang suram turut dirasai di seluruh dunia, dengan hampir satu perempat (23 peratus) responden menjangka standard kehidupan ketika persaraan nanti akan lebih buruk daripada hari ini.
Di Malaysia, golongan pekerja wanita percaya simpanan persaraan dan pelaburan akan dapat bertahan untuk tempoh 11 tahun, tetapi dengan tempoh purata persaraan 21 tahun, menjadikan kemampuan bertahan cuma untuk tempoh 10 tahun.
Golongan pekerja lelaki pula berkata simpanan persaraan mereka hanya cukup untuk tempoh 12 tahun, tetapi dengan tempoh purata persaraan 17 tahun, menjadikan kemampuan bertahan hanya untuk tempoh tujuh tahun.
Antara lain, kaji selidik itu mendapati 21 peratus pesara di Malaysia berkata untuk mengekalkan standard kehidupan ketika bersara nanti, mereka perlu mula merancang persaraan pada umur sekurang-kurang 30 tahun atau lebih awal lagi.
Lebih dua perlima (45 peratus) daripada mereka berkata mereka sepatutnya membuat penabungan yang lebih besar lagi sebelum ini.
Kaji selidik HSBC Bank itu diperoleh daripada maklum balas 16,000 individu bekerja berumur 25 tahun ke atas di 15 negara. Saiz sampel kaji selidik di Malaysia ialah 1,000 individu.
Berikutan kaji selidik itu dibuat dalam tempoh antara Ogos hingga September 2014, ia tidak mengambil kira kejatuhan ketara harga minyak mentah sejak tempoh itu yang mana ia kini diniagakan di bawah AS$50 satu tong berbanding sekitar AS$100 sebelumnya, selain faktor kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar AS yang menjadikan kuasa membeli rakyat negara ini bertambah lemah.
Anda perlu menjangka sesuatu yang tidak dijangkakan, nasihat Eng Seong supaya orang ramai membuat persiapan lebih awal dalam menghadapi persaraan.