Sunday, July 29, 2012

KERAJAAN NEGERI


NOOR AMIRA BINTI MATDIN
PRA-U 3
SMK GADONG
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
*    Merupakn pejabat utama negeri yg melaksanakn & mnyelaraskn dasar2 negeri.
*    Diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.
*    Setiausaha Kerajaan Negeri dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Persekutuan utk negeri yg tdk mempunyai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri.


Pejabat Kewangan Negeri
*    Diketuai oleh pegawai kewangan
*    Mengurus hal ehwal kewangan Kerajaan Negeri mengikut peraturan2 & prinsip2 kewangan yg ditetapkn oleh undang2.
*    Merancang & mengawal perbelanjaan negeri.
*    Menentukn system perakaunan yg teratur & cekap bagi pungutan hasil & perbelanjaan negeri yg telah diluluskan.

Pejabat Undang2 Negeri
*    Diketuai oleh Penasihat Undang2 Negeri.
*    Penasihat kpd kerajaan negeri dlm hal undang2.
*    Menggubal undang2 bgi negeri & menguruskan penyiarannya dlm Warta Kerajaan.
*    Mengendalikn pendakwaan bgi kes jenayah.
*    Mewakili Kerajaan Negeri dlm semua guaman sivil.
*    Menyediakn undang2 semakan & cetakan semula undang2 negeri.
*    Menyediakan dokumen undang2 bgi Kerajaan Negeri.

Unit Perancangan Ekonomi
*    Diketuai oleh Pengarah Perancangan Ekonomi.
*    Berfungsi sebagai penyelaras kpd pembangunan & kemajuan ekonomi negeri.
*    Mengkaji,merangka,mengubal dasar & strategi pembangunan sosio-ekonomi negeri.
*    Merancang pembangunan sektor2 ekonomi.
*    Menyelaras,memantau & menilai prestasi projek2 pembangunan negeri & projek yg dilaksanakn.
*    Menyedia & menyelaras kertas2 mengenai pembangunan utk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
*    Mewujudkn system maklumat & data ekonomi yg kemas kini yg akan digunakan utk perancangan ekonomi negeri.

KOLEKSI LOGO KEMERDEKAAN MALAYSIA

Setelah seminggu dihujani kritikan dan cacian, kerajaan ahirnya memutuskan untuk menggantikan logo Hari Kemerdekaan ke-55 yang menenggunakan kempen "Janji Ditepati" kepada logo 1 Malaysia. Keputusan ini diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim di laman Twitter. Menurut Rais, langkah ini adalah untuk "membendung salah faham".

Kontroversi logo Hari Kemerdekaan ke-55 tercetus apabila logo rasmi yang diputuskan kerajaan mengetengahkan kempen "Janji Ditepati" yang berbaur politik selain rekaan yang tidak kreatif. Lebih memburukkan keadaan lagu tema "Janji Ditepati" tidak langsung menerapkan elemen patriotisme melainkan sanjungan melangit ke atas retorik 1Malaysia serta pujukan halus supaya rakyat terus mengekalkan kuasa di tangan parti pemerintah.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia, logo dan tema kemerdekaan dikritik begitu hebat. Sebelum ini kritikan hanya bersifat minor seperti logo kemerdekaan negara ke-51 (tahun 2008) yang didakwa mirip logo anugerah produk cemerlang yang diberikan oleh kementerian hal-ehwal ekonomi Taiwan dan rekaan logo tahun 1977 yang dikatakan meniru pesawat Millennium Falcon dari filem Star Wars.

Sebagai rujukan kami persembahkan kesemua logo dan tema Hari Kemerdekaan sejak diperkenalkan pada tahun 1976 sehingga tahun 2012. Hayati dan bandingkan perbezaan semangat patriotisme yang dipupuk setiap tahun melalaui logo dan tema yang diperkenalkan. Sewajarnya Hari Kemerdekaan diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, warna kulit mahupun fahaman politik.
1976 - Ketahanan Rakyat

1977 - Bersatu Maju

1978 - Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 - Bersatu Berdisiplin

1980 - Berdisiplin Berbakti

1981 - Berdisiplin Berharmoni

1982 - Berdisiplin Giat Maju

1983 - Bersama Ke Arah Kemajuan

1984 - Amanah Asas Kejayaan

1985 - Nasionalisme Teras Peraduan
1986 - Bangsa Tegas Negara Teguh

1987 - Setia Bersatu Berusaha Maju

1988 - Bersatu

1989 - Bersatu

1990 - Berjaya

1991 - Wawasan 2020

1992 - Wawasan Asas Kemajuan

1993 - Bersatu Menuju Wawasan

1994 - Nilai Murni Jayakan Wawasan

1995 - Jatidiri Penggerak Wawasan

1996 - Budaya Penentu Kecapaian

1997 - Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 - Negara Kita Tanggungjawab Kita

1999 - Bersatu Ke Alaf Baru

2000 hingga 2006 - Keranamu Malaysia
2007 - Malaysiaku Gemilang

2008 - Perpaduan Teras Kejayaan

2009 - 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

2010 - 1Malaysia Menjana Transformasi

2011 - 1Malaysia, Tranformasi Berjaya Rakyat Sejahtera