Kontroversi logo Hari Kemerdekaan ke-55 tercetus apabila logo rasmi yang diputuskan kerajaan mengetengahkan kempen "Janji Ditepati" yang berbaur politik selain rekaan yang tidak kreatif. Lebih memburukkan keadaan lagu tema "Janji Ditepati" tidak langsung menerapkan elemen patriotisme melainkan sanjungan melangit ke atas retorik 1Malaysia serta pujukan halus supaya rakyat terus mengekalkan kuasa di tangan parti pemerintah.
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia, logo dan tema kemerdekaan dikritik begitu hebat. Sebelum ini kritikan hanya bersifat minor seperti logo kemerdekaan negara ke-51 (tahun 2008) yang didakwa mirip logo anugerah produk cemerlang yang diberikan oleh kementerian hal-ehwal ekonomi Taiwan
Sebagai rujukan kami persembahkan kesemua logo dan tema Hari Kemerdekaan sejak diperkenalkan pada tahun 1976 sehingga tahun 2012. Hayati dan bandingkan perbezaan semangat patriotisme yang dipupuk setiap tahun melalaui logo dan tema yang diperkenalkan. Sewajarnya Hari Kemerdekaan diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, warna kulit mahupun fahaman politik.
1976 - Ketahanan Rakyat |
1977 - Bersatu Maju |
1978 - Kebudayaan Sendi Perpaduan |
1979 - Bersatu Berdisiplin |
1980 - Berdisiplin Berbakti |
1981 - Berdisiplin Berharmoni |
1982 - Berdisiplin Giat Maju |
1983 - Bersama Ke Arah Kemajuan |
1984 - Amanah Asas Kejayaan |
1985 - Nasionalisme Teras Peraduan |
1986 - Bangsa Tegas Negara Teguh |
1987 - Setia Bersatu Berusaha Maju |
1988 - Bersatu |
1989 - Bersatu |
1990 - Berjaya |
1991 - Wawasan 2020 |
1992 - Wawasan Asas Kemajuan |
1993 - Bersatu Menuju Wawasan |
1994 - Nilai Murni Jayakan Wawasan |
1995 - Jatidiri Penggerak Wawasan |
1996 - Budaya Penentu Kecapaian |
1997 - Akhlak Mulia Masyarakat Jaya |
1998 - Negara Kita Tanggungjawab Kita |
1999 - Bersatu Ke Alaf Baru |
2000 hingga 2006 - Keranamu Malaysia |
2007 - Malaysiaku Gemilang |
2008 - Perpaduan Teras Kejayaan |
2009 - 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. |
2010 - 1Malaysia Menjana Transformasi |
2011 - 1Malaysia, Tranformasi Berjaya Rakyat Sejahtera |
No comments:
Post a Comment