Monday, March 30, 2015

IMIGRESEN PATAH SINDIKET PALSUKAN PLKS

 

perkhidmatan2
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket pemalsuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dengan penahanan seorang warga India di Brickfields di sini, semalam.
Suspek berusia 30-an yang dipercayai dalang sindiket itu, dikesan berikutan penemuan pelekat PLKS palsu dalam beberapa operasi di Seremban, Negeri Sembilan, sebelum ini.
Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman, berkata pihaknya turut merampas beberapa komputer dan mesin pencetak dalam operasi bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula jam 3 petang itu.
Katanya, turut ditemui adalah beberapa salinan PLKS palsu yang sudah diubahsuai dipercayai sudah ditempah pendatang tanpa izin.
Ujar beliau, suspek yang berkahwin dengan seorang guru warga Malaysia berusia 30-an disiasat mengikut Seksyen 55(D) kerana memalsukan pas, permit atau permit masuk. Beliau berkata, dua lelaki tempatan dan seorang warga India turut ditahan SPRM kerana cuba menawarkan rasuah kepada penguatkuasa Imigresen.
Berita disunting daripada Berita Harian

No comments:

Post a Comment