Sunday, March 29, 2015

RAKYAT BOLEH BANTU RANGSANG EKONOMI DENGAN BELI BARANGAN MALAYSIA

 RAKYAT BOLEH BANTU RANGSANG EKONOMI DENGAN BELI BARANGAN MALAYSIA - NAJIB

najib-razak
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata setiap rakyat Malaysia berperanan untuk merangsang ekonomi negara dengan membeli barangan buatan Malaysia ketika kebanyakan negara di dunia sedang mengalami kesan daripada kejatuhan harga minyak dan kejatuhan nilai mata wang.
Perdana menteri berkata, Malaysia tidak terkecuali daripada kesan itu dan kerajaan telah pun mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan impak ke atas ekonomi negara, tambahnya.
Justeru, katanya, sebagai rakyat Malaysia, mereka boleh membantu mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara dengan menyokong dan membeli barangan buatan tempatan.
Membeli produk buatan Malaysia, membolehkan kita dapat mengurangkan aliran wang ke luar negara dan pada masa yang sama merangsang pembangunan industri tempatan, katanya dalam rakaman siaran audio di laman http://www.najibrazak.com.
Rakaman audio itu boleh diikuti menerusi http://bit.ly/1ESJmp3.
Najib berkata, sebagai negara yang sedang giat membangun, ekonomi negara sedang ke arah ekonomi yang maju, kepakaran negara dalam teknologi pembuatan sudah semakin meningkat.
Katanya, banyak produk yang dihasilkan di Malaysia hari ini bukan saja memiliki kualiti yang setanding malah ada yang lebih baik daripada yang diimport.
Oleh itu, marilah kita membeli barangan buatan Malaysia, katanya.
Berita disunting daripada Berita Harian

No comments:

Post a Comment