MALAYSIA MINTA SIDANG KHAS SELESAI ISU MESIR
Putrajaya: Malaysia menghantar surat kepada semua negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) meminta diadakan persidangan khas untuk mencari penyelesaian secara aman krisis di Mesir. Datuk Seri Najib Razak berkata, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sudah menghantar surat berkenaan selaras ketetapan yang diambil oleh kerajaan. Kabinet menyarankan diadakan dialog antara semua pihak (berkepentingan dalam isu Mesir) supaya proses penyatuan nasional berlaku di Mesir, sekali gus menolak penggunaan kekerasan secara berterusan” Najib Razak, Perdana Menteri
|
Usaha cari keamanan
Perdana Menteri berkata, Malaysia sedang berusaha memainkan peranan dalam usaha mencari keamanan di Mesir dan beliau menjangka akan menerima panggilan telefon daripada pemimpin negara Arab mengenai perkara itu sehari dua lagi. Mesyuarat Kabinet hari ini (semalam) pula melahirkan rasa kesal dengan penggunaan kekerasan yang keterlaluan di Mesir sehingga mengorbankan banyak nyawa, yang jika dibiarkan berterusan tanpa usaha mencari perdamaian akan membawa kepada perang saudara.
Justeru, Kabinet menyarankan diadakan dialog antara semua pihak (berkepentingan dalam isu Mesir) supaya proses penyatuan nasional berlaku di Mesir, sekali gus menolak penggunaan kekerasan secara berterusan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis rumah terbuka Jabatan Perdana Menteri.
Fahami sensitiviti
Sementara itu, ditanya sama ada Malaysia semakin menjadi sebuah negara Islam ortodoks berikutan tindakan terhadap pelatih anjing dan pemilik resort di Johor yang dikatakan menghina Islam, Najib menafikannya dengan alasan isu sensitif membabitkan semua agama. Justeru, amat penting rakyat secara keseluruhan memahami sensitiviti setiap masyarakat. Ini bukan membabitkan persoalan sebagai bersifat ortodoks.
Ada sensitiviti dalam kalangan rakyat Malaysia pelbagai agama, ini bukan eksklusif kepada orang Islam saja tetapi juga bukan Islam. Mereka juga mempunyai tahap sensitiviti mereka. Jadi, adalah penting untuk kita memahami sensitiviti setiap masyarakat.
Kes diselesai
Pelatih anjing itu ditahan berhubung klip video kontroversi memaparkan seorang individu menyambut Aidilfitri bersama tiga anjing, manakala taraf penduduk tetap (PR) pemilik resort di Kampung Sedili Besar di Kota Tinggi, Johor dibatalkan serta-merta kerana tidak menghormati sensitiviti orang Islam di Malaysia.
No comments:
Post a Comment