Monday, July 8, 2013

INDUSTRI PLASTIK TERIMA BANYAK PERMINTAAN

INDUSTRI PLASTIK TERIMA BANYAK PERMINTAAN

 
industri-plastik
Industri plastik Malaysia dijangka dapat mengambil kesempatan daripada peningkatan permintaan terhadap bahagian-bahagian dan komponen plastik di seluruh dunia, kata Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA).

Presidennya, Lim Kok Boon, berkata pengeluar plastik tempatan mempunyai kelebihan memenuhi peningkatan permintaan kerana semakin ramai yang telah beralih kepada plastik sebagai bahan material pilihan.
Lebih ringan
Terdapat perubahan daripada aluminum kepada plastik bagi pembungkusan kerana pek lembut rendah kos, dan mempunyai jejak karbon rendah, kerana ia lebih ringan. Ia juga hasil daripada program kemapanan yang berterusan, katanya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Lim berkata demikian selepas melancarkan Program Kesedaran MPMA-DOW Don't Be a Litterbug dan 3R (Kurang, Guna Semula, Kitar Semula) 2013.
Beliau berkata, industri plastik dijangka menyaksikan pertumbuhan satu angka tahun ini, meskipun peralihan kepada plastik, berikutan kelembapan ekonomi global.

No comments:

Post a Comment