Thursday, July 11, 2013

PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS FTA

Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA)

Page historylast edited by PBworks 5 years ago
1.FTA IALAH PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS YANG DITUBUHKAN PD 1.1.1994 DIMANA DIANGGOTAI OLEH 3 NEGARA PADA AWAL PENUBUHANNYA IAITU, AMERIKA,MEXICO,KANADA.
2.MALAYSIA TERLIBAT DLM FTA SUPAYA MALAYSIA DAPAT MEMASUKI PASARAN NEGARA AMERIKA TANPA SEBARANG SEKATAN ANTARABANGSA SPT TARIF, PASARAN BAGI PRODUK MALAYSIA BERTAMBAH LUAS
3.FTA MEMPUNYAI CIRI-CIRI LEBIH KURANG DGN GATT IAITU MOTIF KEDUA-DUA PERJANJIAN INI ADALAH MENGHAPUSKAN SEKATAN PERDAGANGAN ANTARA NEGARA YANG TERLIBAT SUPAYA MEMASUKI PASARAN NEGARA-NEGARA TERSEBUT DGN MUDAH.
4.HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN NEGARA ASEAN LAIN AKAN RENGGANG KERANA PENGLIBATAN MALAYSIA DLM FTA PERLU MENDAPAT SOKONGAN NEGARA-NEGARA ASEAN YANG LAIN KERANA MALAYSIA TELAH PUN MEMETERAI PERJANJIAN AFTA DENGAN NEGARA ASEAN YG LAIN, SELAIN ITU NEGARA ASEAN LAIN AKAN MENERIMA KESAN SAMPINGAN SEKIRANYA MALAYSIA MEMETERAI FTA SEPERTI EKSPORT NEGARA ASEAN SPT THAILAND,INDONESIA KE MALAYSIA AKAN BERTAMBAH MURAH DAN AKAN MENJEJASKAN HASIL PENDAPATAN KEDUA-DUA NEGARA TERSEBUT
5.ANTARA KEBAIKAN FTA KPD MALAYSIA IALAH PRODUK MALAYSIA AKAN MENDPT PASARAN LUAS DI AMERIKA, MALAYSIA DAPAT IMPORT PRODUK INDUSTRI SPT KOMPONEN KAPAL TERBANG DAN SBGNYA DENGAN HARGA BERPATUTAN,LAMBAKAN BARANG PERTANIAN DAPAT DIMINIMUMKAN,BIOTEKNOLOGI DPT MEMBOLEHKAN PENGELUARAN HASIL PERTANIAN YG AGRESIF,
PENGGUNA AKHIR DPT UNTUNG KERANA DPT MENIKMATI SEGALA BARANG KEHENDAK TANPA SEBARANG HALANGAN
KESAN BURUKNYA IALAH HARGA UBAT AKAN NAIK,PETANI AKAN RUGI APABILA TARIF TANAMAN LUAR NEGARA DIKURANGKAN,BANYAK KILANG KECIL TEMPATAN HILANG PASARAN DAN PEKERJANYA HILANG PEKERJAAN
6.FTA JUGA MEMBOLEHKAN MALAYSIA MENJADI SEBUAH NEGARA YANG PENTING DALAM PASARAN DUNIA WALAUPUN SUMBANGAN NILAINYA DALAM EKONOMI DUNIA TIDAK MEMBERIKAN PERUBAHAN YANG KETARA



Kebaikan dan Keburukan FTA(dari tan chun siangUP3) 
Kebaikan
1) Syarikat Malaysia berpeluang melebarkan sayap dan menyaingi syarikat antarabangsa lain untuk mendapat peluang perniagaan dan tender antarabangsa
2) Meningkatkan keupayaan sesebuah negara dalam memperluaskan kemakmuran sejagat rentetan dari kemasukan pelaburan serta produk yang menarik
3) Pengguna akan mempunyai banyak pilihan dan syarikat-syarikat tempatan akan terus meningkatkan inovatif dan kecekapan mereka
Keburukan
1) Lebih menampakkan berat sebelah, lebih-lebih lagi rundingan FTA ini di antara Malaysia sebagai sebuah negara membangun dan Amerika Syarikat (AS) yang merupakan negara maju
Perjanjian FTA dengan Amerika Syarikat memberi status istimewa pada syarikat-syarikat AS. FTA AS dengan negara-negara lain mengandungi syarat bahawa pelabur AS mesti diberikan layanan yang sekurang-kurangnya setaraf dengan pelabur Malaysia.
2) Petani kita akan terjejas oleh persetujuan FTA!
1.8 juta petani Mexico kehilangan kerja selepas perjanjian FTA AS-Mexico kerana harga jagung lebih murah dari AS telah membanjiri pasaran Mexico. 
3) Rakyat Hilang Pekerjaan FTA membawa masuk modal besar AS menyebarkan industri tempatan terjejas sekaligus membawa dampak terhadap pekerja termasuk hilang pekerjaan.


Perjanjian-perjanjian yang dikandungi dalam FTA dengan Amerika Starikat meliputi
1. Penglibatan syarikat AS dalam sektor perkhidmatan Malaysia;
2. Hak/Kebebasan pelabur AS;
3. Hak harta intelek.
4. Cara barangan dan perkhidmatan dibeli oleh kerajaan Malaysia.



 By Choay Tip

PUSINGAN URUGUAY     >    GATT    >    WTO    >   FTA
 
FTA Intra: NAFTA , ASEAN FTA (AFTA)
FTA Inter: AS-Korea Selatan
                  AS-Singapura
                  AS-Thailand
 
          Sehubungan dengan kegagalan rundingan Pusingan Uruguay dan GATT, WTO telah ditubuhkan. WTO pula gagal memperjuangkan sistem perdagangan global yang lebih bebas dan terbuka. Jadi, rundingan FTA intra dan inter telah dijalankan dan berjaya dilaksanakan bagi rantau tertentu. Negara-negara yang terlibat dalam perjanjian FTA bekerjasama menghapuskan rintangan dan halangan dalam perdagangan seperti mengurangkan tarif terhadap barangan import tertentu.
 
          Namun, perjanjian FTA turut membawa impak negatif. Antaranya termasuklah kemuflisan syarikat-syarikat tempatan. FTA sudah tentu akan menggalakkan banyak syarikat multinasional (MNC) dari Amerika Syarikat (AS) untuk bertapak. Syarikat-syarikat MNC dari AS yang ternyata memiliki lebih banyak kekuatan akan membuat pelaburan dalam pelbagai sektor ekonomi. Mereka mempunyai kekuatan dari segi modal, teknologi, kepakaran dan pengalaman. Sementara itu, syarikat-syarikat tempatan pula masih belum bersedia dari segi modal insan, dan kemahiran. Syarikat-syarikat tempatan perlu bersaing dengan syarikat-syarikat MNC dari AS yang sudah arif dalam arena bisnes global.Syarikat-syarikat tempatan yang gagal dalam persaingan akan muflis. Pekerja-pekerja tempatan yang bekerja di syarikat-syarikat tempatan akan kehilangan kerja.
 
          Perjanjian FTA juga dikatakan akan menjejaskan pembangunan sektor pertanian. Hal ini adalah disebabkan petani-petani di AS diberi subsidi yang tinggi oleh kerajaan. Subsidi akan menurunkan kos pengeluaran dan harga produk. Dengan ini, produk pertanian dari AS dapat dijual dengan harga yang lebih rendah. Malaysia akan menghadapi kesukaran bersaingi dengan AS jika produk pertaniannya dilambakkan di sini. Keadaan ini diburukkan lagi dengan pengurangan tarif produk pertanian selepas FTA.




 Kesan FTA terhadap Malaysia
Pada 1hb Januari 1994, tiga buah negara iaitu Kanada, Amerika Syarikat (AS) bersama Mexico telah menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara(NAFTA).Dalam Bab 11 perjanjian perdagangan bebas(FTA) ini memberikan kuasa kepada '...seseorang individu ataupun syarikat korporat untuk menyaman kerajaan Mexico, Amerika Syarikat ataupun Kanada bagi menuntut pampasan ganti rugi.'Ramai pihak yang menganggap bahawa syarat kandungan Bab 11 perjanjian NAFTA ini dengan jelasnya memihak lebih kepada syarikat-syarikat korporat besar di AS dan Kanada berbanding dengan syarikat-syarikat di Mexico yang terlalu kecil dan tidak mampu secara kewangan untuk mengambil tindakan perundangan terhadap negara-negara seperjanjian ini.Insentif projek 'mequila' kerajaan Mexico ini tidak begitu jauh bezanya dengan syarikat-syarikat yang mendapat taraf perintis di bawah Akta PenggalakanPelaburan Malaysia 1986 ataupun keistimewaaan yang di berikan kepada syarikat-syarikat atau pelaburan asing di bawah projek Koridor Multimedia Raya(MSC) di Malaysia.Keperluan Persefahaman Saksama:Jikalau dilihat secara teliti, antara syarat-syarat memeteraikan sebuah penjanjian, kedua-dua pihak mestilah mempunyai persefahaman dan kedudukan saksama dalam perihal yang di janjikan, sebarang kepentingan peribadi yang mungkin penyebabkan percanggahan atau pertelingkahan di masa-masa akan datang haruslah di ambil kira serta di ketengahkan. Pengenalan diri dari segi kekuatan serta kelemahan masing-masing atau 'musahabah diri' antara kedua-dua belah pihak, dan juga tatasusila serta etika dalam menunaikan isi kandungan setiap perjanjian juga harus di persetujui sama-sama. Sekadar menandatangai sesebuah perjanjian hanya kerana kedua-dua pihak mempunyai harapan yang sama tidak akan mencukupi. Ini kerana kedua-dua pihak mungkin mempunyai niat dasar tujuan yang berbeza.
Kesan-kesan Polisi AS kepada Ekonomi Dunia.



a) Perbezaan daripada segi prinsip-prinsip nilai-nilai Budaya dalam Konstitusi Perlembagaan Amerika Syarikat dengan Malaysia.Sekiranya di lihat secara kasar, sememangnya Amerika Syarikat dan Malaysiajauh berbeza. Dari segi Konstitusi Perlembagaan Persekutuan sahaja, Islam merupakan agama rasmiMalaysia, manakala konstitusi perlembagaan Amerika Syarikat pula termaktub bahawa 'kongress tidak akan menggubal sebarang perundangan yang mengiktiraf secara rasmi sebarang jenis agama...' Ini kerana perlembagaan persekutuan Amerika Syarikat adalah berdasarkan prinsip-prinsip yang berteraskan kebebasan dan juga hak-hak saksama individu, manakala konstitusi Malaysia pula berteraskan sistem Demokrasi Raja Berperlembagaan.Namun nilai-nilai yang termaktub inilah yang mempengaruhi pengamalan sistem kapitalist sepenuhnya dan juga nilai-nilai sosial Amerika Syarikat manakala perlembagaanMalaysia masih mengambil kira nilai-nilai kebudayaan, kepercayaan dan agama sesama kaum. Sekiranya sebarang jenis kemajuan serta persetujuan dengan mana-manapihak luar ingin dicapai bagi masa depan negara Malaysia, maka nilai-nilai ini haruslah di hormati dan di ambil kira dari setiap sudut terlebih dahulu.Amendmen 2 di dalam konstitusi perlembagaan Amerika Syarikat pula termaktubnya 'hak untuk memiliki dan membawa senjata.' Malah kerana prinsip nilai-nilai inilah juga, negara Amerika Syarikat merupakan pembikin serta pengeksport senjata api dan peperangan yang terbesar di dunia. AS juga telah membekalkan bahan-bahan senjatanya di dalam konflik-konflik peperangan di antara negara di seluruh dunia. Oleh kerana nilai-nilai kebebasan ini juga rakyat Amerika Syarikat mempunyai hak untuk memiliki senjata secara peribadi. Kajian menunjukan bahawa 40% daripada rumah-rumah kediaman di Amerika Syarikat memiliki senjata api, namun di Amerika Syarikat, statistik oleh Jabatan Kesihatan AS menganggarkan bahawa pada setiap jam 4 orang di Amerika Syarikat mati akibat di tembak.

b) Tahap Malaysia Mengikuti Piawaian Persetujuan Antarabangsa masa kini.Sekiranya di perbandingkan dengan Malaysia daripada perspektif global, di antara 20 perjanjian antarabangsa mengenai pemeliharaan dan penjagaan harta intelek seperti hak cipta, cap dagangan, lakaran industri dan juga hak paten di bawah Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), Malaysia hanya menandatangani 4 perjanjian sahaja. Antara perjanjian penting yang tidak di tangani termasuk perjanjian cap dagangan antarabangsa(TLT)bagi pendaftaran cap dagangan untuk sesebuah syarikat, barangan, persatuan ataupun perkhidmatan di peringkat antarabangsa. Perjanjian ini adalah penting bagi produk-produk jenama buatan Malaysia di arena antarabangsa. Malaysia juga tidak memeteraikan Persetujuan Hak Cipta Antarabangsa(WCT) dan juga Persetujuan Fonogram & Persembahan WIPO(WPPT). Kedua-dua perjanjian antarabangsa ini di panggil 'persetujuan komunikasi elektronik' dan merupakan syarat-syarat minima bagi perdagangan 'e-commerce'. Persetujuan Nairobi, iaitu persetujuan antarabangsa bagi pemeliharan logo sukan Olympic juga antara salah satu perjanjian yang tidak di tandatangani oleh Malaysia. Negara-negara yang tidak menandatangani perjanjian ini tidak akan di pilih ataupun dicalonkan sebagai tuan rumah bagi Sukan Olympik. Malaysia juga tidak menandatangani Perjanjian Madrid(Madrid Protocol)yang merupakan persetujuan antarabangsa bagi tatatertib serta cara mengklasifikasi pendaftaran paten. Malah Malaysia juga tidak menandatangani Persetujuan Budapest(Budapest Treaty)yang merupakan perjanjian penting bagi tujuan paten perubatan dan teknologi bio. Diantara kelemahan bagi menjaga kepentingan Hak Cipta Industri Dagangan barangan buatan Malaysia dapat dilihat pada Akta Hak Cipta Malaysia 1987 yang hanya mempunyai 61 Seksyen di dalamnya sekiranya di perbandingkan dengan Akta Hak Cipta, Patent & Lakaran United Kingdom 1988 yang mempunyai 305 Seksyen di dalamnya.Manakala menurut laporan yang diterima oleh pihak Pertubuhan Kebudayaan, Sains dan Pendidikan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), antara 36 perjanjian antarabangsa berkenaan dengan Kebudayaan, Kesenian, Pendidikan dan juga Sains...Malaysia hanya menandatangi 3 perjanjian sahaja. Ini tidak termasuk Perjanjian Pemeliharaan dan Promosi Ekspresi Kebudayaan yang bertujuan untuk memelihara Warisan Budaya, Hasil Kraftangan, Kesenian serta bahan-bahan yang berbudaya dari sesebuah kaum, masyarakat, individu ataupun negara. Ini adalah sesuatu yang merbahayakan kepada industri kraftangan dan perindustrian desa kecil di Malaysia kerana hasil barangan dan kesenian mereka boleh di ciplak ataupun di tiru di pasaran antarabangsa sekiranya tidak di daftarkan di bawah Perjanjian UNESCO ini.Sekiranya perjanjian FTA antara Malaysia dan Amerika Syarikat mempunyai syarat-syarat sama seperti perjanjian NAFTA, yang memberikan hak kepada pihak individu ataupun syarikat korporat untuk menyaman kerajaaan, sediakah Malaysia menghadapi saman oleh syarikat-syarikat seperti studio-studio perfileman dari Hollywood, syarikat-syarikat industri rakaman Amerika Syarikat, ataupun juga saman oleh sebuah syarikat gergasi seperti Microsoft? Mampukah kerajaan membayar pampasan ganti-rugi yang mungkin di pinta?

c) Kedudukan Petronas Malaysia.
Mengikut statistik Petronas Carigali, Petronas mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 630 000 tong minyak sehari. Minyak keluaran Petronas Malaysia adalah minyak yang berkualiti tinggi dengan kadar kandungan sulfur yang rendah serta pembakaran yang bersih dan kurang berjelaga. Minyak bermutu tinggi seperti ini adalah jenis minyak yang digunakan oleh Jabatan Tenaga, Jabatan Pertahanan dan juga pihak NASA di Amerika Syarikat bagi tujuan kajian tenaga. Jabatan Pertahanan AS -yang meliputi Tentera Udara, Tentera Laut dan juga Tentera Darat Amerika Syarikat- merupakan badan kerajaan pengguna minyak terbesar di dunia. Jabatan Pertahanan AS menggunakan sebanyak 395 000 tong minyak sehari, jumlah ini sama dengan kegunaan minyak sehari bagi seluruh negara Greece dan merupakan separuh daripada jumlah keluaran Petronas dalam sehari. Amerika Syarikat pengguna minyak terbesar di dunia, di mana 1/4 daripada hasil keluaran minyak dunia di gunakan oleh Amerika Syarikat. AS menggunakan sebanyak 20.5 juta tong minyak sehari, di mana 11.8 juta tong minyak sehari di import dari negara-negara luar. Adakah perjanjian FTA ini juga akan meliputi pembekalan minyak kepada Amerika Syarikat? Lazimnya perjanjian perdagangan bebas meliputi kelupusan atau pengecilan terhadap had-had kuota. Sekiranya perjanjian FTA ini merangkungi juga pembekalan minyak negara, ini sememangnya akan menguntungkan Petronas pada jangkamasa yang pendek, namun sekiranya jumlah bekalan yang di beli oleh AS tidak di kawal rapi, ini dapat melupuskan bekalan minyak mentah dalam telaga-telaga minyak di perairan Malaysia pada jangkamasa yang lebih cepat sekiranya keuntungan yang di perolehi kerajaan tidak di laburkan dengan bijak demi masa depan negara.Pada 2hb May 2006, Korporasi Penyiaran Kanada (CBC) melaporkan bahawa sejak Januari 2002, mata wang dollar Kanada telah naik sebanyak 40% pada nilai dollar AS akibat krisis minyak sedunia dan pembelian minyak yang meningkat oleh Amerika Syarikat. Malah pada 19hb Januari 2007 laporan berita BBC baru-baru ini malaporkan bahawa kongress Amerika Syarikat -yang kini majoritinya terdiri dari ahli parti Demokrat- telah menolak pindaan President Bush mengsubsidikan minyak mentah. Penolakan subsidi ini di anggar mengakibatkan syarikat-syarikat minyak besar Amerika Syarikat seperti Exxon Mobil dan Chevron terpaksa menanggung kos sebanyak $14 Billion dollar AS ( RM49 Billion) bagi tempoh 10 tahun akan datang. Dengan harga pertukaran matawang Kanada yang tinggi kini dan juga penolakan subsidi oleh pihak kongress, Amerika Syarikat kini sedang mencari bekalan minyak alternatif, lebih-lebih lagi dengan rancangan President AS bagi menambahkan bilangan ketenteraanya di negara Iraq.

d) Sektor Perkhidmatan Kewangan Malaysia
Malaysia kini dalam proses pembangunan Rancangan Malaysia Ke-9. Antara misi Malaysia kini adalah untuk menjadi sebuah Pusat Halal sedunia ataupun 'Halal Hub' yang selari dengan rancangan pembangunanMalaysia dalam teknologi bio. Piawaian produk-produk yang di isytiharaan 'Halal' di Malaysia, merupakan piawaian mutu tertinggi di dunia di antara negara-negara Islam. Ini
kerana ia bukan sahaja meliputi produk-produk makanan, tetapi ia juga merangkumi bahan-bahan kosmetik dan perubatan juga. Bagi produk-produk AS memasuki pasaran Malaysia, mendapatkan pengiktirafan ini oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM)dapat mendatangkan keuntungan kepada pihak kerajaan Malaysia dan juga merupakan salah satu cara merlindungi para pengguna Islam di Malaysia.Namun salah satu dari misi menjadikan Malaysia sebagai sebuah Pusat Halal(Halal Hub)sedunia juga termasuk menjadikan Malaysia sebagai pusat perkhidmatan kewangan dan juga perbankan Islam dunia. Lazimnya perjanjian perdagangan bebas(FTA) juga melingkungi penurunan sekatan terhadap syarikat-syarikat ataupun rakyat warganegara berseperjanjian untuk menawarkan perkhidmatan mereka di negara masing-masing. Adakah perjanjian FTA Malaysia ini juga merangkungi kebebasan menawarkan perkhidmatan kewangan juga?Ini kerana sektor perkhidmatan bank dan kewangan tempatan, terutamanya sektor kewangan Islam di Malaysia masih sedang membangun, adakah bank-bank tempatan Malaysia bersedia bertanding secara terbuka dengan bank-bank gergasi Amerika Syarikat? JP Morgan Chase sahaja mempunyai asset bernilai sebanyak $983Billion dollar AS(RM3.4 Trillion),Bank of America pula mempunyai asset bernilai sebanyak $838 Billion dollar AS(RM2.9 Trillion) diikuti pula Citibank yang mempunyai asset bernilai sebanyak $695 Billion dollar AS (RM 2.3 Trillion).Ketiga-tiga bank gergasi Amerika Syarikat ini sekiranya di gabungkan, mempunyai asset bernilai sebanyak RM8.6 Trillion dan kertiga-tiga bank ini menawarkan perkhidmatan yang jauh lebih maju daripada bank-bank tempatan Malaysia. Daripada sudut kemajuan perkhidmatan kewangan sahaja, contoh dapat dilihat seperti kejadian banjir yang melanda negeri Johor baru-baru ini yang mengakibatkan kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM1.5Billion. Di Amerika Syarikat terdapat sejenis sekuriti khas yang di panggil Sekuriti Bencana Alam ataupun 'Cat-Bonds'. Bond-bond ini di keluarkan oleh syarikat-syarikat insurance yang memberikan insurance khas begi kejadian bencana alam seperti peting beliung, ribut taufan dan banjir seperti yang terjadi di Johor ataupun di Kuala Lumpur di masa-masa yang lepas. Sektor perkhidmatan kewangan Malaysia masih jauh ketinggalan dari segi inovasi produk-produk perkhidmatan kewangan yang di tawarkan oleh negara-negara maju.Pada masa kini, sekuriti-sekuriti kerajaan Malaysialazimnya di jual dgn terhad pada syarikat-syarikat korporat besar dan juga bank-bank tempatan. Sekiranya perkhidmatan kewangan oleh bank-bank Amerika Syarikat di berikan kuasa yang lebih meluas, oleh kerana keupayaan mereka dari segi kedudukan kewangan setiap bank-bank Amerika Syarikat, sekiranya di kehendaki, mereka mampu membeli kesemua sekuriti seperti bil-bil dan juga bon-bon keluaran kerajaan Malaysia; sama ada secara pembelian terus ataupun di pasaran kedua dengan memberikan tawaran kepada mana-mana syarikat-syarikat tempatan yang memiliki sekuriti keluaran kerajaan ini. Sekiranya kaedah ini di lakukan, kerajaan Malaysia secara tidak langsung menjadi terhutang kepada Amerika Syarikat.Selepas kejadian seranganan pengganas ke atas Pusat Dagangan Dunia(World Trade Center)di New York pada 11hb September 2001, kongress Amerika Syarikat telah meluluskan Akta Patriot AS 2001. Di bawah akta ini, syarikat-syarikat perkhidmatan kewangan AS di wajibkan mengumpul serta berkongsi maklumat mengenai para pelanggan mereka dengan agensi-agensi kerajaan di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat. Sebarang pemindahan kewangan yang melebihi $10 ribu dollar AS(RM35 ribu) akan di telitikan bagi mengenalpasti atau mengesyaki sebarang aktiviti pengganas. Pemindahan kewangan daripada negara-negara Timur Tengah, dan juga negara-negara Islam di berikan keutamaan untuk penelitian.

e) Sektor Pemborongan & Peruncitan
Kesan FTA dengan Amerika Syarikat kepada sektor Pemborongan & Peruncitan di Malaysia amat ketara.Syarikat Wal-Mart merupakan syarikat gedung pasaraya pemborong dan peruncitan terbesar di dunia yang mempunyai sebanyak 3500 gedung pasaraya di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, selain daripada perniagaan pemborongan runcit, Wal-Mart juga menyediakan perkhidmatan kewangan seperti menjual wang post, perkhidmatan penghantaran wang secara elektronik, dan juga mentunaikan cek gaji bulanan. Malah pada tahun 2005, pihak Wal-Mart telah memohon kepada kerajaan negeri Utah di AS bagi menubuhkan Bank Perindustriannya yang tersendiri bagi menawarkan pinjaman kewangan serta akaun simpanan. Sektor pemborongan pasaraya runcit di Malaysia masih jauh ketinggalan daripada segi penawaran perkhidmatan- perkhidmatan seperti ini.Gedung-gedung pasaraya tempatan Malaysia masih belum sedia bertanding dengan gergasi seperti Wal-Mart,lebih-lebih lagi kepada pasaraya-pasaraya dan juga kedai-kedai runcit yang kecil

f)Kedudukan GLC Kerajaan yang lain
faedah perjanjian perdagangan bebas(FTA)di antara Malaysia bersama Amerika Syarikat kepada syarikat-syarikat besar seperti Golden Hope Plantations, Kumpulan Fima Bhd, IOI Corp Bhd dan juga GLC kerajaan seperti FELDA ataupun Tabung Haji yang masing-masing mempunyai mempunyai pelaburan besar dalam sektor pertanian, perladangan dan juga panamanan teroka ialah
Minyak sawit merupakan antara komoditi yang terpenting keluaran negara. Malaysia merupakan pengeluar serta pengeksport minyak sawit yang terbesar di dunia di mana 50% daripada minyak sawit dunia di keluarkan oleh Malaysia, di ikuti juga oleh Indonesia yang mengeluarkan sebanyak 30% minyak sawit dunia. Namun Amerika Syarikat ( AS ), Kesatuan Eropah ( EU ) dan kebanyakan negara-negara maju menggunakan lebih banyak minyak kacang soya dan minyak buah zaitun untuk kegunaan masakan harian daripada minyak sawit. Dengan kesedaran bagi penjagaan mutu alam sekitar dan juga untuk pengurangan pergantungan terhadap kegunaan minyak petrol bagi kenderaan dalam krisis minyak yang melanda seluruh dunia, kini lahirnya kesedaran terhadap kegunaan minyak bio-diesel dan juga ethanol sebagai bahan api kenderaan di peringkat antarabangsa.Pada 11hb Oktober 2004 Kongres Amerika Syarikat telah menggubal Akta Mewujudkan Peluang Pekerjaan Amerika Syarikat 2004. Di bawah akta ini, kerajaan Amerika Syarikat memberikan potongan cukai sebanyak $1 dollar AS(RM3.50) bagi setiap 3.7 liter minyak biodiesel yang di hasilkan daripada bahan agrikultur ataupun lemak haiwan, dan pemotongan cukai sebanyak 0.50sen dollar AS(RM1.75) bagi setiap 3.7 liter minyak biodiesel yang di hasilkan oleh minyak yang dikitar semula. Adakah ini merupakan peluang yang baik untuk Malaysia mengeksport minyak sawit keluaran negara untuk kegunaan biodesel ke pasaran Amerika Syarikat?Pada 17hb July 2005, Akhbar pagi harian daerah Des Moines: 'Des Moines Register' di negeri Iowa AS melaporkan bahawa: Pesatuan Penanam Kacang Soya(ASA)dan Badan Biodiesel National(NBB)di Amerika Syarikat telah bersatu untuk menuntut pihak Percukaian Hasil Dalam Negeri (IRS) Amerika Syarikat supaya tidak memasukan minyak sawit dalam insentif pemotongan cukai di bawah Akta Muwujudkan Peluang Pekerjaan Amerika Syarikat 2004. Ini kerana kedua pertubuhan ini bimbang mengenai minyak sawit cost rendah keluaran Malaysia dan juga Indonesia akan membanjiri pasaran tempatan AS. Mengikut badan gabungan pengeluar minyak sayur-sayuran Kesatuan Eropah (EU), minyak sawit dapat membekalkan sehingga 20% daripada keperluan biodiesel Kesatuan Eropah pada tahun 2010.Malah antara benteng perdagangan utama yang akan di hadapi oleh barang-barangan serta perkhidmatan keluaran Malaysia adalah di sebabkan oleh piawaian tinggi oleh Amerika Syarikat dan juga negara-negara maju yang lain sebagai syarat menjual produk serta perkhidmatan Malaysia di negara mereka. Bagi mereka yang biasa dengan perdagangan antarabangsa akan mengetahui bahawa lazimnya di negara-negara maju akan mempunyai banyak kesatuan-kesatuan para pekerja serta persatuan-persatuan pekerja yang kuat dalam hampir setiap bidang pada sektor ekonominya yang bertujuan menjaga hak serta peluang pekerjaan di negara mereka.Oleh kerana tahap pendidikan yang tinggi dan juga kesedaran sivik yang peka di negara-negara maju ini, negara-negara maju seperti AS juga mempunyai hak-hak perlindungan pengguna dan juga alam sekitar yang sangat tinggi, dan inilah merupakan benteng yang paling besar yang akan di hadapi oleh produk-produk keluaran Malaysia untuk pecah masuk ke pasaran-pasaran luar. Pada masa kini sahaja, masih banyak barang-barangan keluaran Malaysia seperti bahan-bahan makanan, pemprosesan, serta perubatan yang tidak melepasi piawaian oleh pihak Pentadbiran Pemakanan dan Perubatan Amerika Syarikat (USFDA). Piawaian ini juga telah bertambah ketat selepas kejadian September 11 bagi melindungi para pengguna Amerika Syarikat oleh serangan pengganas melalui kaedah senjata biologi. Mendapatkan kelulusan USFDA ini kadang-kadangkala bagi bahan atau produk keluaran AS sendiri juga boleh mengambil masa bertahun.Perdagangan Perjanjian Bebas(FTA) bertujuan bagi berdagang secara bebas dan saksama, ini termasuk penurunan atau penghapusan tariff dan cukai. Amerika Syarikat merupakan perintis dan juga pengeluar automotive no.1 yang terbesar di dunia, dan sudah tentunya mereka akan merundingkan kepentingan hasil dagangan eksport no.1 ini. Apakah kesan penurunan cukai serta tariff pada kereta-kereta keluaran Amerika Syarikat yang di import kepada industri automotive tempatan Malaysia? Bagaimana pula dengan cukai serta tariff pada kereta-kereta import yang lain seperti dari Jepun dan Eropah? Apakah pula nasib kepada 5000 para pekerja Proton?Sehingga kini Proton masih belum berjaya memecahi pasaran Amerika Syarikat. Salah satu sebabnya ialah piawaian mutu yang tinggi yang dikenakan bagi kemasukan serta penjualan kerata oleh badan Pentadbiran Keselamatan Jalanraya Nasional Amerika Syarikat(NHTSA) bagi keselamatan pemandu dan juga pengguna jalan raya, ini di ikuti pula piawaian yang tinggi oleh Ajensi Penjagaan Alam Sekitar(EPA) di Amerika Syarikat bagi pemeliharaan daripada penggunaan-pengguna an bahan kimia toksik merbahaya pada cat kereta, dan juga pada jumlah keluaran asap serta pencermaran udara oleh enjin-enjin kenderaan. Sekiranya Proton dapat memecahi pasaran Amerika Syarikat yang bernilai $50 Billion dollar AS (RM175Billion) di Bandaraya Los Angeles sahaja, Proton sememangnya akan mendapat keuntungan yang lumayan seperti yang di alami oleh pengeluar-pengeluar kereta dan automotive dari negara Jepun dan Korea Selatan. Malah sekiranya Proton dapat melepasi piawaian mutu automotif di Amerika Syarikat yang juga merupakan piawaian automotif tertinggi dunia, Proton dapat menjualkan kereta-keretanya di mana-mana negara yang lain di seluruh dunia.Namun pergantungan perdagangan sesebuah industri kepada pasaran besar yang tertumpu pada sesebuah negara juga ada keburukan sampingannya. Ini kerana pergantungan yang tinggi pada nilai pertukaran wang asing dengan negara tersebut. Contoh seperti ini dapat di lihat seperti pada syarikat pengeluar automotif Korea Selatan: KIA, yang pada tahun 2006, kadar keuntungan bersih mereka jatuh sebanyak 94% daripada hasil keuntungan bersih pada tahun yang sebelumnya akibat kenaikan nilai mata wang Won Korea Selatan pada nilai Dolllar AS. 3/4 daripada hasil pendapatan syarikat KIA bergantung tinggi kepada hasil jualan eksport di mana Amerika Syarikat melalui bahagiannya Kia Motors America merupakan pasaran terbesar mereka yang telah melaporkan peningkatan hasil jualan yang baik selama 13 tahun berturut-turut dan penjualan sebanyak 294, 302 unit kereta di pasaran Amerika Syarikat pada tahun 2006 sahaja. Sebuah kereta KIA yang baru model Spectra dengan 'warranty' perjalanan sejauh 100 000 batu dijual di pasaran AS pada harga $13 000 Dollar AS ( RM45 000 ). Oleh kerana kualiti keretanya yang tinggi dan harga kereta yang murah, kereta-kereta keluaran Korea Selatan seperti KIA mendapat sambutan yang hebat di Amerika Syarikat dan kini di Eropah. Malah Pengarah Besar Pemasaran Kia Motors Corp: William Choi di Pertunjukan Automotive Geneva pada tahun 2006, telah berkata mengenai hasrat mereka untuk menggunakan kilang pemasangan baru syarikat NAZA di Gurun Kedah untuk tujuan eksport disebebkan oleh permintaan pasarannya yang besar dan semakin meningkat setiap tahun di seluruh dunia terutamanya di Amerika Syarikat.

g) Pegangan Ekuiti dalam Syarikat-syarikat Korporat dan GLC tempatan
Antara persoalan lain yang juga membimbangkan ialah permintaan oleh Amerika Syarikat berkenaan dengan memiliki ekuiti di dalam GLC kerajaan dan juga syarikat-syarikat tempatan. Namun antara perbezaan besar di Malaysia berbanding dengan negara-negara maju seperti AS, UK dan juga Kesatuan Eropah(EU) adalah, negara-negara ini mempunyai undang-undang berkenaan dengan persaingan perniagaan secara sihat atau 'Competition Law' atau juga di kenali sebagai 'Anti-trust Law' di Amerika Syarikat. Undang-undang ini melarang sesebuah syarikat memonopolikan pasaran tempatan ataupun luar negara. Malaysia tidak mempunyai undang-undang seperti ini. Isu syarat-syarat kerajaan mengenai syarikat status 'bumiputra' akan menjadi topik hebat dan panas, dan sekiranya Malaysia menandatangani perjanjian perdagangan bebas(FTA) bersama Amerika Syarikat, Malaysia juga akan mendapat perhatian oleh Media Barat dan Amerika Syarikat yang menguasai pasaran Industri Media Dunia. Hanya salah satu sahaja daripada syarikat media gergasi Amerika Syarikat seperti Time Warner yang mempunyai kutipan tahunan sebanyak $43.7 Billion dollar AS(RM152.95Billion) mampu membeli beberapa buah syarikat media tempatan seperti Media Prima Bhd yang memperolehi kutipan sebanyak $114.28juta dollar AS(RM399juta)untuk meluaskan penyiaran serta pengedaran mereka. Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Kesatuan Eropah juga mempunyai perundangan Akta Kebebasan Maklumat di mana rakyat mereka mempunyai hak untuk meminta dan mendapat maklumat yang mereka pinta oleh pihak-pihak kerajaan mereka. Malaysia tidak mempunyai undang-undang seperti ini, dan 'transperancy' kerajaan Malaysia juga akan menjadi satu isu yang hebat biler berdepan dengan negara-negara yang jauh lebih maju. Namun adakah Kerajaan Malaysia sedia menjadi fokus tumpuan dan persoalan oleh pihak media Amerika Syarikat yang tersebar luas di seluruh dunia?erjanjian perdagangan bebas bersama negara Amerika Syarikat ini begitu di kejar sedangkan kebanyakan negara-negara lain di Amerika Selatan sendiri menolak perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat selepas nasib negara Mexico dalam perjanjian NAFTA.Jika dilihat pada maklumat yang ada kini dan banyak terdapat di luar, nilai matawang Amerika Syarikat kini telah lemah sekiranya di perbandingkan dengan matawang Euro dan juga kenaikan nilai matawang dari negara-negara lain seperti Kanada, Won Korea Selatan dan juga Yen Jepun. Sebuah perjanjian perdagangan bebas sekiranya memberat sebelah kepada hanya satu pihak seperti Amerika Syarikat merupakan antara cara terbaik bagi mengukuhkan sedikit nilai matawangnya dengan kemasukan pelaburan yang banyak dan dengan pelepasan cukai daripada hasil keuntungan yang di buat di sesebuah negara di hantarkan kembali ke negara asal dengan membeli kembali mata wang dollar AS.Perbincangan mengenai perjanjian perdagangan bebas ( FTA ) antara Malaysia dengan pihak Amerika Syarikat kini telahpun masuk pusingan ke-5.(~yunnhoung~)











Free Trade Agreement (FTA) adalah agenda imperialisme Amerika-Yahudi untuk menguasai dunia melalui ekonomi.
Kerajaan Amerika yang dikuasai oleh Yahudi-Zionis-Israel memaksakan pelbagai `perjanjian' dalam politik, ekonomi, dan perdagangan.
Matawang dollar Amerika (US Dollar) itu sendiri adalah `fiat money' yang tidak mempunyai nilai emas.
Mereka sedang giat mencanangkan FTA dan memaksa negara-negar Dunia Ketiga dan negara membangun untuk bersetuju dengan ketetapan yang hanya menguntungkan mereka dan mengukuhkan penjajahan baru (neo imperialisme) mereka.
Hasil kekayaan bumi dan pertanian negara lain akan dibolot oleh mereka.
Malah jika kita menyertai FTA:
Barangan import dari Amerika akan membanjiri negara kita - termasuklah beras, makanan asasi. Harga beras import dari US akan menjadi lebih murah, menyebabkan kerugian kepada petani padi dan kemuflisan.
Umat Islam mestilah bersatu mementang Amerika-Yahudi-Zionis-Israel dan penguasaan mereka dalam politik, ekonomi, budaya dan sosial.
Daulah Islamiyyah seperti kerajaan Khalifah Islam Turki telah terbukti membawa kemakmuran dan kesejahteraan dan kemajuan sains dan teknologi, kerana mereka berpegang kepada Syariat Islam.
Sekularisme membawa kepada kehancuran aqidah dan akhlaq, sekularisme menukarkan manusia daripada taat dan patuh pada Allah (dengan mematuhi Syariah) kepada kufur dan taat patuh pada Taghut.
FTA adalah senjata untuk menundukkan umat Islam dan membolot kekayaan anugerah Allah SWT.
Kerajaan Amerika Syarikat (US Government) menyalurkan dana berbillion dollar untuk Israel dan menindas umat Islam di Palestin. Sebahagian besar dana ini juga digunakan untuk menyebarkan media dan filem-filem propaganda dan lucah untuk memperbodohkan umat Islam, mengkhayalkan dan merosakkan akal dan aqidah melalui kartun dan hiburan.

(LEE XIAO YIN,U6B1)




 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Amerika

Pengenalan
1. FTA adalah perjanjian dua hala antara dua atau beberapa negara bertujuan memupuk integrasi ekonomi yang lebih kukuh. Hal ini ialah persoalan ekonomi yang seharusnya dilihat dari asas kemahuan bagi menjalin kerjasama ekonomi dua negara supaya keuntungan dapat dijana secara situasi menang-menang.

2. Menerusi FTA, negara ahli antara lain berhasrat menghapuskan tarif atau halangan perdagangan bagi memudah dan meningkatkan perdagangan dua hala untuk manfaat         ekonomi bersama.

3. Rundingan itu yang bermula sejak pertengahan tahun lalu, antara lain bertujuan membuka peluang yang lebih luas bagi barangan dan perkhidmatan masing-masing memasuki pasaran satu sama lain.

4. Malaysia mengambil pendirian bahawa tiada jangka masa bagi penyelesaian perundingan FTA tetapi AS berharap supaya perjanjian itu dimeterai menjelang Julai ini    untuk membolehkan dokumen perjanjian itu melalui jalan pintas dalam proses perundangan negara itu.

5. Setakat ini, 5 pusingan telah diadakan:
   (i) Pusingan pertama : 12 --- 15 Jun 2006  di Pulau Pinang
      ( Pusingan itu bagi membolehkan kedua-dua pihak menyatakan kehendak masing-masing untuk dirundingkan.)
   (ii) Pusingan kedua   : 17 --- 21 Julai 2006 di Washington,Amerika
   (iii) Pusingan ketiga  :  30 Oktober  ---- 3 November 2006 di Kuala Lumpur
   (iv) Pusingan keempat : awal Januari 2007 di San Francisco, Amerika
   (v) Pusingan kelima :   Februari 2007 di Kota Kinabalu

6. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz yang bertanggungjawab sebagai penyelaras rundingan berkenaan bagi pihak Malaysia, telah merujuk tentangan dan kebimbangan yang disuarakan pelbagai pihak termasuk NGO dan ahli politik kepada Kabinet untuk membuat keputusan muktamad tentang beberapa perkara yang belum selesai.

7. Rundingan terakhir di Kota Kinabalu, gagal mencapai kemajuan besar ke arah memuktamadkan FTA itu kerana kedua-dua pihak masih tidak sepakat berhubung 18 isu yang dianggap sensitif.18 isu dalam rundingan itu meliputi barangan perindustrian, tekstil dan pakaian, prosedur kastam, hak harta intelek, pertanian, perkhidmatan kewangan, telekomunikasi, alam sekitar dan pelaburan.

8. Matlamat rundingan FTA dengan Amerika Syarikat
~ Untuk mendapatkan pasaran yang lebih luas bagi barangan dan perkhidmatan tempatan;
~ Mendapatkan lebih kemudahan dan meningkatkan perdagangan dua hala, aliran pelaburan serta pembangunan ekonomi;
~ Meningkatkan daya saing pengeluar dan pengeksport negara; dan
~ Meningkatkan kapasiti untuk sektor tertentu melalui kerjasama teknikal.


Kepentingan FTA
1. Bakal membuka ruang yang lebih luas kepada kalangan para pembekal barangan berteknologi tinggi, komputer, telekomunikasi, khidmat kewangan sumber kuasa dan perubatan Amerika Syarikat untuk menjengah masuk ke pasaran Malaysia lantaran kapasiti pendapatan, kuasa beli dan kadar tabungan penduduk Malaysia per kapita ketiga terbesar dan tertinggi di ASEAN.

2. Bagi generasi muda, FTA dilihat sebagai alat pemangkin kemakmuran ekonomi negara bagi menuju peningkatan kualiti hidup rakyat pada ketika ini di mana ia akan merangsang kecerdasan eknomi segera dengan segala petunjuk keuntungan yang sebenar bukannya dibuat-buat.

3. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) merupakan agenda dan misi nasional yang mampu menjadi platform untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara yang lebih ke hadapan dan berpandangan jauh dan inidipercepat lagi dengan FTA yang sedang menanti untuk diretifikasi.

4. FTA ini adalah langkah permulaan Malaysia menuju ke tahap pasaran dunia yang lebih besar.

5. Pada hari ini dalam kita menuju peningkatan kualiti hidup yang tinggi maka kita perlu segera merangsang keupayaan ekonomi kita sebagai teras merialisasikan pembinaan tamadun baru yang bersifat hadhari dan ini boleh kita segerakan melalui FTA.

Keburukan FTA
1. Mengakibatkan kenaikan harga ubat dan barangan farmasi sehingga tertutupnya peluang-peluang perniagaan kepada warga-warga tempatan akibat kemasukan syarikat farmaseutikal dan genetik milik Amerika Syarikat secara bebas tanpa kawalan. Besar kemungkinan juga kerajaan sendiri akan sukar dan terhalang untuk melaksanakan dasar dan pelan pembangunan bagi membantu peniagan kecil dan sederhana (SME) serta bumiputera.

2. Jika kita beranggapan bahawa perdagagan bebas adalah sesuatu yang tidak dapat kita elakkan kerana ia merupakan sistem dunia pada masa depan maka ia wajar ditolak kerana ini teori yang tidak mencerminkan rialiti operasi ekonomi dunia yang telah banyak menelan kedaulatan dan kemerdekaan negara-negara di dunia ketiga yang terikat dengan proksi dan penjajahan ekonomi kapitalis milik Amerika Syarikat.

3. Sekiranya FTA diretifikasikan, ini bermakna Malaysia akan menghapuskan tarif, kuota, dan keutamaan terhadap barangan tempatan bagi membolehkan aliran barangan bergerak tanpa halangan.

4. FTA Malaysia-Amerika Syarikat akan melibatkan pelbagai barangan, perkhidmatan, isu harta intelek, pemerolehan kerajaan, perubatan, alam sekitar dan tenaga buruh. Perjanjian ini memungkinkan satupenjajahan baru (neo-kolonialisme) pada era globalisasi ekonomi liberal kontemporari.Pembukaan pintu kepada kemasukan pengusaha Amerika Syarikat dan produknya dikhuatiri akan menyaksikan persaingan sengit antara syarikat-syarikat tempatan dan pihak asing dengan lebih kuat dan agresif sehingga menjadi tidak sihat.

5. Melalui hak pelaburan dalam FTA, syarikat dan perbadanan multinasional antarabangsa akan mengambil alih perniagaan yang melibatkan syarikat korporat tempatan, syarikat milik kerajaan serta menswastakansegala perkhidmatan bekalan utama seperti air, elektrik dan telekomunikasi negara dengan mengenakan kadar caj yang tinggi kepada pengguna.Sekalipun Amerika Syarikat menyedari dan memahami tentang isu kepentingan bumiputera termasuk dari segi pemerolehan kontrak kerajaan tetapi ia tidak bermakna satu jaminan akan wujud dan sikap berlapang dada wajar diambil.

6. Negara kuasa besar dunia itu mempunyai kelebihan yang banyak termasuklah dalam industri perisian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang masih baru di pasaran tempatan. Realitinya pasaran kita masih muda dan mentah dalam perisian yang memerlukan hak harta intelek yang mana patennya perlu didaftar dan melibatkan kos yang tinggi.Malah, jumlah pengusaha tempatan yang benar-benar memahami keperluan sedemikian masih terlalu rendah dan apa yang dibimbangi kita akan mudah diperdaya kerana kurang arif dan mengetahui. Justeru tidak hairan sekiranya kita bakal menghadapi tekanan dan persaingan sengit kesan retifikasi FTA dengan Amerika Syarikat ini.

Adakah Malaysia sudah bersedia ?

Dari kaca mata yang lebih bersifat ekonomikal, FTA Malaysia-Amerika Syarikat sewajarnya menjadi kunci ekonomi pasaran terbuka yang dinanti-nanti pada ketika ini melihat signifikanisasi FTA untuk membugar ekonomi tempatan dalam jangka panjang.

Sesungguhnya kita memang sudah bersedia melihat rialiti jumlah keuntungan dagangan terbaru yang dicatatkan negara pada ketika ini mencecah satu trillion iaitu satu jumlah dan pulangan hasil keuntungan perdagangan paling tinggi pernah dilakar sejarah perdagangan negara di samping menjadi asas kepada corak keuntungan perdagangan yang berlangsung di negara maju ketika ini.

Senario inilah yang membayangkan betapa Malaysia berada di landasan yang paling tepat dan sudah tiba masanya untuk memasuki FTA secara bilateral dengan Amerika Syarikat bagi memperkasa kompetensi ekonomi dalam persaingan ekonomi global.

Selain itu, memeterai FTA dengan Amerika Syarikat secara bilateral adalah keputusan ekonomi yang paling bijak ketika ini melihat status ekonomi Malaysia sebagai rakan dagangan kelima terbesar Amerika Syarikat di Asia selepas China, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan dengan jumlah pulangan keuntungan perdagangan mencecah US$ 44 bilion sebagaimana yang dilaporkan oleh Pejabat Dagangan Amerika Syarikat kerana ia sangat dinanti-nantikan oleh para petani Amerika Syarikat sendiri.

Persoalannya jika perjanjian FTA adalah begitu perlu untuk memastikan penglibatan Malaysia sebagai pesaing yang substantial di pentas dunia, mengapakah negara-negara seperti Bostwana, Namibia, Afrika Selatan, Swiziland, Argentina, Paraguay, Uruguay, Venezuela telah menghentikan rundingan FTA dengan Amerika Syarikat?

Seharusnya kerajaan Malaysia mengambil kira risiko ini selain potensi yang boleh dibawa oleh FTA itu sendiri dengan mengambil iktibar apa yang berlaku pasca persetujuan dan metrai FTA Amerika Syarikat-Kanada yang berlaku suatu ketika dahulu. Satu kes yang relevan dengan situasi di Malaysia dalam kes yang melibatkan pertembungan kepentingan tempatan dengan kepentingan FTA Amerika Syarikat-Kanada.

UPS adalah antara rangkaian syarikat milik komunikasi Amerika Syarikat yang beroperasi d pasaran Kanada di bawah rejim FTA yang dipersetujui. UPS kemudiaanya telah menuduh bahawa dasar keutamaan kerajaan Kanada yang memberikan hak eksklusif ekonomi sama seperti DEB kepada operasi infrastruktur Canada Post sebagai pembekal perkihdmatan pos awam persekutuan mengingkari perjanjian NAFTA (Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara melibatkan Kanada, Mexico dan Amerika Utara) kerana infrastruktur tersebut memberi status monopoli yang istimewa kepada Canada Post dalam perkhidmatan kurier dan bungkusan yang sepatutnya bukan bersifat monopoli.

Kesan kes ini sekali pun masih lagi di peringkat perbicaraan telah mengakibatkan Kanada tidak memiliki kuasa perundangan untuk menghalang desakan dan tekanan pelabur Amerika Syarikat untuk mendakwa Canada Post dibicarakan di tribunal antarabangsa yang akan menguntungkan Amerika Syarikat. Justeru pertimbangan terperinci dalam setiap syarat-syarat yang diletakkan dalam FTA perlu diteliti dan diperhalusi tanpa tergesa-gesa demi kepentingan awam kerana berbicara mengenai FTA sekali pun dalam konteks ekonomi tidak dapat lari dari persoalan politik kerana implikasinya yang begitu signifikan secara holistik.

Pandangan Rakyat
Bagi yang menyokong perjanjian itu berpendapat bahawa inilah pilihan yang ada demi masa depan negara yang kini terdedah luas kepada persaingan antarabangsa akibat globalisasi.

Bagi pihak yang menentang ,
~Perjanjian ini disifatkan sebagai menggadaikan maruah dan kebebasan negara di samping menyekat hak kerajaan untuk merumuskan apa-apa dasar terutama yang berhubung dengan tindakan afirmatif untuk membantu golongan tertentu.
~Perjanjian sebegini tidak perlu kerana ia lebih menguntungkan Amerika Syarikat sementara kepentingan Malaysia sudah pun terpelihara mengikut perjanjian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) tanpa menyedari bahawa negara terlalu kecewa dengan kegagalan pusingan Doha.
~Kemungkinan lambakan beras AS yang lebih murah kerana subsidi pengeluaran yang tinggi dalam pasaran di negara ini yang akhirnya akan menjejaskan pesawah tempatan, penghapusan dasar afirmatif untuk orang Melayu dan Bumiputra, kemungkinan pengambil alihan institusi kewangan tempatan oleh firma Amerika di samping pencerobohan ke dalam sektor perkhidmatan lain.
~Rundingan FTA mungkin hanya memanfaatkan kuasa besar AS dan menjejaskan kepentingan negara.

Walau bagaimanapun ,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan kerajaan akan sentiasa menjaga kepentingan negara dalam rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dengan Amerika Syarikat.

Dipetik dan diubahsuai oleh Ang Lee Jie (U6B1)

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Sejarah FTA
Pada 1 Januari 1994, 3 negara di benua Amerika Utara iaitu KanadaAmerika Syarikat (AS) dan Mexico telah menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA ). Perjanjian ini telah diperluaskan ke beberapa negara termasuk ChinaIndia dan kini giliran Malaysia.
Inti perjanjian NAFTA ialah penghapusan cukai terhadap barang-barang AS ke Mexico dan juga penghapusan tarif secara berperingkat oleh Mexico selama 14 tahun.
Tapi kini (2007 ) majoriti rakyat Mexico berasa kesal kerana ia akhirnya memihak kepada negara maju iaitu Amerika Syarikat dan Kanada

Kelebihan Perjanjian FTA
  • Apa juga barangan boleh diimport dari seluruh dunia.
  • Apa juga baragan oleh dieksport ke seluruh dunia.
  • Permintaan dan penawaran barangan berasaskan internet yang terlalu pantas.
  • Teknologi kejuruteraan dan bioteknologi membolehkan pengeluaran yang agresif.
  • Lambakan barangan pertanian dapat diminimakan
  • Pengguna akhir amat beruntung.

FTA Malaysia dengan AS
Mulai Jun 2006 , wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Susan Schwab berunding dengan kerajaan Malaysia berhubung Perjanjian Perdagangan Bebas ( FTA). Malaysia merupakan rakan dagang AS yang ke-10 terbesar, dengan AS$44 bilion dalam perdagangan dua hala pada 2005. Para penganalisis dagangan Malaysia meramalkan eksport AS ke Malaysia akan berganda dengan cukai, tarif , subsidi dan sebagaiknya dapat diselaraskan.
Presiden Bush mahu rundingan terhasil sebelum 1 Julai 2007 iaitu sebelum tempoh presiden tamat.Rundingan pusingan ke-5 dijadualkan di Sabah pada bulan Februari 2007. Timbalan USTR ialah Karan Bhatia. Malaysia diwakili oleh Datuk Seri Rafidah Aziz selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Malangnya 1 Januari 2007 ahli kongres kanan Amerika Syarikat ,Tom Lantos yang mewakili Californiamendesak rundingan FTA dengan Malaysia digantung.
Tom Lantos berang dengan perjanjian gas antara syarikat swasta Malaysia dengan Iran yang bernilai AS$16 bilion (AS$1=RM3.50) .Sedangkan perjanjian itu bukan kerajaan Malaysia tapi sebuah syarikat swasta Malaysia, SKS Ventures dengan syarikat milik negara National Iranian Oil Co. Kerajaan Malaysia tidak terlibat .
Ironinya ialah California yang diwakili Tom Lantos merupakan pengeksport terbesar dari AS ke Malaysia, menghantar kira-kira AS$2 bilion nilai barangan setahun Malaysia.

 

Perkara yang diliputi oleh FTA

Produk barangan, perkhidmatan, perubatan, hak pelaburan, pemerolehan kerajaan dan hak harta intelektual.

 

Kesan negatif

  • Perubatan
Harga ubat akan naik melambung tinggi kerana lebih banyak ubat akan dipatenkan oleh syarikat AS yang akan menentukan harga ubat bagi mengaut keuntungan.
  • Pertanian
Pada masa ini petani Malaysia diberikan subsidi untuk menghasilkan tanaman dan menjualnya dengan harga berpatutan. Hasil tanaman dari luar negara dikenakan tarif import untuk melindungi petani daripada kerugian. Selepas FTA, petani akan kerugian apabila tarif tanaman luar negara akan dikurangkan. Malaysia akan dibanjiri oleh hasil tanaman AS yang amat murah berbanding dengan harga tanaman Malaysia. Petani Malaysia akan mengalami kerugian tinggi dan tidak dapat bertani lagi. AS menggunakan teknologi tinggi dan memberi subsidi tinggi kepada pertanian mereka. Oleh itu, harga tanaman tempatan tidak boleh bersaing dengan harga tanaman AS yang sangat murah
  • Perkhidmatan
AS mahukan Malaysia meliberalisasikan perkhidmatannya yang bermakna membuka sektor perkhidmatan kepada persaingan asing. AS menyasarkan syarikat telekomunikasi Malaysia, perkhidmatan kewangan, tenaga, penjagaan kesihatan, perkhidmatan pengedaran, perkhidmatan profesional seperti guaman, akauntan, jurutera dan doktor serta perkhidmatan penyiaran.
  • Pekerja
Kerajaan AS mahu semua tarif Malaysia ke atas produk perkilangannya dikurangkan kepada sifar. Apabila tarif menjadi sifar, barangan yang dikeluarkan oleh AS akan menjadi lebih murah dan memberi saingan sengit kepada barangan keluaran tempatan. Maka banyak kilang kecil dan sederhana tempatan akan kehilangan pasaran dan akhirnya menghadapi kesukaran beroperasi. Selepas itu, banyaklah pekerja kehilangan pekerjaan.
  • Harga Barangan
Di bawah FTA dengan AS, sektor perkhidmatan seperti air, elektrik, telekomunikasi, pengangkutan boleh diambil alih oleh syarikat asing dan beroperasi untuk keuntungan mengakibatkan kenaikan harga dalam perkhidmatan. Contohnya, kilang yang mengeluarkan beras perlukan perkhidmatan elektrik untuk memproses, perkhidmatan pengangkutan dan lebuh raya untuk mengedar barangan. Jika kos perkhidmatan naik, maka harga beras pun akan naik.

No comments:

Post a Comment