Thursday, July 11, 2013

MASALAH PENYELUDUPAN DI MALAYSIA


Dalam matapelajaran Pengajian Am, definisi sebuah Negara ialah, satu kawasan yang yang mempunyai sempadan antarabangsa yang diiktiraf oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. Di Malaysia beberapa pasukan penguatkuasaan keselamatan telah ditugaskan untuk menjaga perairan antarabangsa dan 262 pintu masuk sempadan negara antaranya adalah pasukan Maritim,Tentera Laut Diraja Malaysia,Tentera Darat Diraja Malaysia,Kastam Diraja Malaysia dan Polis Laut Diraja Malaysia. Walaupun perbatasan negara telah terjaga rapi, aktiviti  penyeberangan sempadan di sempadan negara masih berlaku. Pelbagai implikasi yang dialami kerajaan akibat daripada aktiviti ini. Masalah yang terbesar dialami oleh pihak kerajaan daripada penyeberangan sempadan ialah penyeludupan. Tiga penyeludupan yang disenaraikan di Wikipedia antara penyeludupan yang paling banyak berlaku ialah penyeludupan manusia,barangan dan hidupan liar.


Siap Siaga


            Antara masalah penyeludupan yang sering terpampang di dada-dada akhbar ialah penyeludupan manusia.Masalah ini menyebabkan pasukan keselamatan negara dan dunia seperti Polis Diraja Malaysia,Polis Antarabangsa (INTERPOL) dan agensi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak menang tangan untuk mengatasi masalah ini yang beroperasi bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Sebagai warganegara yang bertamadun dan berdaulat, kita hendaklah prihatin terhadap isu yang semakin berleluasa ini. Secara konseptualnya, kes penyeludupan manusia merupakan satu kegiatan jenayah yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan juga integriti serta kedaulatan negara ini.


gila,patut juak org suka seludup barang. pegawai kastam cantik mcm tok nindak nya.


Sebab utama masalah ini berlaku adalah kerana kemiskinan dan kesempitan hidup yang menyebabkan segolongan manusia yang naif dan kurang terpelajar ini di dieksploitasi oleh segelintir individu yang tidak berperikemanusiaan. Di samping itu kurangnya didikan agama dan moral yang rendah menjadi faktor  yang menyubang kepada masalah ini.Turut membantutkan proses mencegah perkara ini berleluasa disebabkan kekangan kuasa yang dihadapi oleh para penguatkuasa.



Impak yang dialami oleh negara akibat permasalahan ini adalah, kewibawaan negara akan dipersoalkan oleh banyak pihak terutamanya masyarakat dunia jika kita gagal mengekang jenayah penyeludupan manusia di negara kita, masalah ini umpama menconteng arang di muka sendiri sekiranya gagal dibendung. Di samping itu, kegiatan penyeludupan manusia akan meningkatkan masalah sosial dalam negara kita contohnya,kegiatan pelacuran melibatkan warga asing yang diseludup masuk akan meningkat.
Penyeludupan barangan  membawa maksud kepada perbuatan membawa masuk barang-barang bercukai atau larangan ke Malaysia atau keluar dari Malaysia secara tidak sah.Jenis-jenis komoditi utama diseludup adalah seperti rokok, minuman keras, gula, minyak diesel dan sebagainya. Faktor geografi antara Malaysia dengan Negara jiran merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlakunya penyeludupan,seperti yang berlaku di sempadan negara Malaysia dengan Thiland yang hanya dipisahkan oleh sebatang sungai yang berkelebaran beberapa meter.



Punca penyeludupan seterusnya ialah berkaitan dengan undang-undang perairan antarabangsa.Pasukan keselamatan dan penguatkuasaan negara seperti kastam dan polis tidak mempunyai kuasa untuk merampas barang yang ada dalam sungai kerana terikat dengan undang-undang perairan antarabangsa.Disamping harga yang murah permintaan yang tinggi dari pengguna menyebabkan masalah ini berlarutan dan sukar dikawal.
Kesan yang dialami oleh negara dari segi ekonomi,negara  kehilangan pendapatan daripada hasil cukai yang akan memberi impak kepada pembangunan sosial dan ekonomi.Ia menggagalkan usaha dan dasar kerajaan.Masalah ini turut menggalakkan jenayah terancang, jika dibiarkan jenayah lain yang berkait dengan aktiviti penyeludupan juga boleh berlaku seperti penyeludupan dadah dan senjata api. Di samping itu penyeludupan barangan turut menjejaskan kesihatan dan kebersihan kerana barang yang diseludup tidak melalui proses saringan oleh pihak berkuasa, ini mendedahkan rakyat terhadap risiko penyakit dan penggunaan barangan yang tercemar.



Malaysia tersenarai bersama beberapa negara lain seperti Filipina, Indonesia, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam sebagai pusat transit utama penyeludupan hidupan liar. Selain menjadi lokasi pemburu haram.Permintaan tinggi terhadap beberapa tubuh haiwan tertentu yang dipercayai mempunyai nilai perubatan tradisional yang tinggi terutama di China serta tabiat pemakanan masyarakat hari ini yang semakin pelik dan permintaan tinggi restoran yang menghidangkan makanan eksotik menyebabkan sesetengah haiwan dilindungi sentiasa menjadi buruan.
Faktor kekayaan flora dan fauna serta kepelbagaian sumber dalam negeri antara sebab Malaysia menjadi pilihan pemburu haram sebagai hab penyeludupan hidupan liar.Rangkaian pengangkutan darat yang baik dan operasi pelabuhan cekap menjadikan Malaysia sebagai pusat transit pilihan negara serantau untuk menyeludup keluar haiwan eksotik yang dilindungi. Malaysia merupakan negara Maritim dan penguatkuasaan yang ketat dan bersepadu agak sukar untuk dilaksanakan kerana batasan jumlah kakitangan.Undang-undang sedia ada perlu lebih dikuatkuasakan dengan betul kerana hanya melalui cara itu impaknya akan lebih berkesan dan bertambah baik.
Kesan penyeludupan haiwan liar menyebabkan spesies flora dan fauna mengalami gangguan untuk membiak dan bilangan mereka kini semakin berkurangan. Mungkin golongan masa hadapan tidak sempat menikmati dan melihat sebilangan haiwan liar yang dieksploitsi ini. Langkah yang bersepadu perlu diambil untuk mengatasi masalah ini daripada terus parah.
Konklusinya, penyeludupan di negara ini semakin berleluasa, maka pihak kerajaan dan orang ramai harus bekerja sama dan berganding bahu untuk membanteras kegiatan yang membawa kesan buruk kepada sistem perdagangan dan ekonomi negara. Para penyeludup harus dikenakan hukuman yang berat seperti penjara dan bukan setakat didenda dengan wang. Melentur buluh biarlah dari rebungnya,peribahasa ini sesuai digunakan untuk memupuk sikap benci akan barangan seludup. Masyarakat perlu membantu pihak berkuasa untuk membanteras masalah ini sekaligus menjadikan negara kita aman dan berdaulat

No comments:

Post a Comment