Monday, July 8, 2013

PEMBAKARAN TERBUKA BURUKKAN LAGI JEREBU

PEMBAKARAN TERBUKA BURUKKAN LAGI JEREBU

pembakaran-terbuka--2
Kuala Langat: Jerebu di Selangor yang mencecah tahap bahaya di beberapa kawasan, diburukkan lagi dengan sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang dipercayai memulakan pembakaran terbuka.
Tinjauan di Banting, Pulau Carey, Telok Panglima Garang, Pandamaran, Johan Setia dan Kebun Baru, semalam mengesan beberapa lokasi pembakaran, terutama membabitkan hutan di tepi jalan di Tanjung Keluang dan Johan Setia. Penduduk percaya sebahagian kebakaran berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab perokok membuang puntung rokok, menyebabkan semak kering terbakar dan dibiarkan tanpa dimaklumkan kepada pihak berkuasa.
Di Klang, EXCO Alam Sekitar, Pelancongan dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Elizabeth Wong, berkata 12 pemilik tanah yang dipercayai melakukan pembakaran terbuka di Kebun Kecil, Taman Johan Setia akan dikenakan tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, jika didapati bersalah.
Syarikat dikompaun
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan Dua Andalas, Masdar Suminggu, berkata proses memadam kebakaran di Johan Setia menghadapi masalah mencari punca air menyebabkan hanya dua daripada empat sektor berkeluasan 6.5 hektar yang terbakar di situ, dapat dikawal setakat petang semalam.
Di Georgetown, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh, berkata Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengenakan kompaun terhadap sebuah syarikat pemaju yang melakukan pembakaran terbuka di tapak projeknya di Pengkalan Weld, kelmarin

No comments:

Post a Comment