KESTABILAN POLITIK SOKONG PERTUMBUHAN MALAYSIA
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyenaraikan Malaysia pada kedudukan tinggi dalam kalangan negara sedang membangun dalam Indeks Kekukuhan Institusi. Dalam indeks berkenaan, pencapaian markah yang lebih tinggi menunjukkan ke-stabilan politik, birokrasi lebih baik, kurang konflik dan rasuah.
|
Raih markah tinggi tinjauan ekonomi IMF, daya tahan tinggi hadapi tekanan global
Malaysia meraih markah lebih 70 mata dalam indeks yang mengukur kekukuhan institusi dari sifar hingga 100 itu.
Markah yang diraih Malaysia itu adalah jauh lebih tinggi berbanding Indonesia, India dan Filipina, yang mana masing-masing meraih markah kurang 60 mata.
Vietnam, China serta Ekonomi Baru Muncul Eropah dan Negara Komanwel Merdeka (EME/CIS) pula berada dalam jajaran antara 60 hingga 70 mata.
IMF dalam Tinjauan Ekonomi Serantau bagi Asia dan Pasifik April 2013 yang diterbitkannya semalam, berkata sesebuah negara yang mempunyai kestabilan politik yang tinggi – hasil daripada perpaduan dalam kerajaan, Parlimen yang kukuh dan mendapat sokongan popular rakyat, di samping birokrasi yang lebih baik dan kadar rasuah yang rendah, mempunyai daya tahan lebih tinggi daripada tekanan untuk meningkatkan perbelanjaan awam ketika ekonomi sedang berkembang kukuh.
Justeru, katanya, ia memberikan negara berkenaan lebih ruang untuk melaksanakan dasar rangsangan fiskal ketika berlaku kelembapan ekonomi.
Agensi di bawah Bank Dunia itu berkata, pemberian subsidi makanan dan tenaga, yang mengakibatkan tanggungan kos fiskal secara langsung sebanyak dua peratus setahun daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negara seperti China, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia dan Asia Selatan boleh distruktur semula secara berperingkat dan digantikan dengan program khusus seperti pemberian tunai secara langsung.
Malaysia sudah melaksanakan program pemberian tunai yang dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
BR1M kurangkan beban kewangan
Program berkenaan disasarkan untuk mengurangkan bebanan kewangan kumpulan berpendapatan rendah dan penganggur tetapi ia tiada kaitan dengan subsidi.
IMF berkata, untuk tahun ini, pertumbuhan ekonomi Asean dijangka kekal mantap, disokong permintaan domestik yang kukuh.
Ujar beliau, di Malaysia, beberapa projek besar di bawah Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) akan merangsangkan aktiviti pelaburan, katanya.
Katanya, walaupun ekonomi global yang masih tidak menentu memberi kesan kepada negara ekonomi terbuka, bagi Malaysia dan Thailand, permintaan domestiknya masih berupaya menyerap kejutan luaran.
“Permintaan domestik negara berkenaan mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap satu tahap kejutan luaran. Namun, ia mungkin menerima kesan jika berlaku kejutan yang berganda,” katanya.
IMF berkata, banyak negara ASEAN, khususnya Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand terus mencatat pertumbuhan ekonomi didorong permintaan domestik yang kukuh meskipun pertumbuhan serantau yang lemah.
Ia sebahagiannya disokong oleh pelaksanaan dasar kewangan dan pendirian fiskal yang menyokong pertumbuhan ekonomi.
Ujarnya lagi, sebagai contoh, langkah berkaitan kredit yang dilaksanakan seperti memperketatkan nisbah pinjaman kepada nilai (LTV) membantu membendung peningkatan harga hartanah di Malaysia, China, Hong Kong dan Singapura, katanya.
Namun, IMF mencadangkan, jika tekanan harga hartanah kembali muncul, beberapa langkah tambahan seperti meningkatkan duti setem atau menetapkan had pemilikan hartanah bagi pelaburan boleh dilaksanakan.

No comments:
Post a Comment