Monday, July 8, 2013

PASUKAN KHAS TANGKIS AJARAN SESAT DI FACEBOOK

PASUKAN KHAS TANGKIS AJARAN SESAT DI FACEBOOK

jamil khir
Kota Bharu: Kerajaan sudah menubuhkan pasukan penguatkuasaan penyelewengan dan ajaran sesat dalam mengekang kegiatan pihak tertentu yang berusaha memurtadkan umat Islam melalui kaedah baru seperti blog dan Facebook.




Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata jawatankuasa itu yang turut membabitkan Polis Draja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan multimedia Malaysia, sedang memantau kegiatan kelompok berkenaan.
 
Ujarnya, kita memandang serius mengenai isu ini iaitu anasir baru yang cuba memurtadkan umat Islam kerana kumpulan ini adalah kelompok yang berasa tidak senang terhadap agama Islam dan mereka cuba mewujudkan suasana tegang yang boleh menyebabkan berlaku keadaan huru-hara di negara ini.
 


Beliau berkata, pasukan penguatkuasaan ini kini sedang diperkemas dan ia diwujudkan di peringkat negeri serta kebangsaan bagi memantau perkembangan terkini mengenai tindakan pihak yang cuba memurtadkan umat Islam melalui kaedah baru ini, katanya selepas merasmikan Persidangan Pegawai Tadbir Agama Daerah (PTAD) Peringkat Kebangsaan 2013, di sini, semalam. 

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapa dan Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Mohamad Salleh Mat Jusoh. 


1,000 laman web 

Beliau mengulas laporan BH kelmarin iaitu pendedahan JAKIM mengenai anasir luar dan dalam menggunakan laman sosial bagi menggerakkan gelombang kedua untuk memurtadkan umat Islam di negara ini. 

Perkara ini didedahkan Othman dengan mengatakan bahawa kumpulan terbabit juga turut menggunakan aplikasi seperti Whatsapp dan BlackBerry Messenger (BBM) sebagai pengantara anggota kumpulan ajaran sesat menyebabkan kegiatan mereka sukar dikesan pihak berkuasa. 

Daripada pemantauan JAKIM terhadap 1,000 laman web dari Januari hingga Mei lalu, 4.4 peratus atau 44 daripada laman web terbabit dikenal pasti mengandungi unsur yang meragukan. 

Dalam perkembangan berasingan, Jamil Khir berkata, kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah bersetuju untuk menaikkan gred penjawatan PTAD sedia ada dari gred S41/S44 ke S44/S48, mengikut daerah tertentu. 

Ujarnya, ketika ini kebanyakan PTAD masih berada pada gred S41/S44 dan keputusan menaikkan gred mereka ini akan menyediakan ruang laluan peningatan kerjaya atau kenaikan pangkat.

No comments:

Post a Comment