PATUHI PERKARA 10 PERLEMBAGAAN
Jertih: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menambah keanggotaan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, walaupun jumlah kehadiran pemimpin dan penyokong parti politik dijangka bertambah minggu depan.
|
Serentak itu, Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa meminta semua pemimpin dan penyokong dua parti mematuhi peraturan pilihan raya dan mengutamakan keharmonian seperti ditunjukkan sejak Jumaat lalu.
Katanya, polis tidak menolak kemungkinan lebih ramai pemimpin parti hadir ke kawasan DUN Kuala Besut untuk membantu calon yang akan bertanding.
Katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di sini, semalam sidang Parlimen akan berakhir Khamis ini dan kita jangka lebih ramai pemimpin utama dan penyokong akan membanjiri DUN Kuala Besut, untuk membantu kempen.
Patuh peraturan Perkara 10
Polis menasihatkan pemimpin parti sentiasa mematuhi Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kepentingan keamanan dan ketenteraman awam.
Jamshah berkata, menjadi kewajipan dan tanggungjawab polis untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman awam selain melakukan pencegahan dan pembanteras jenayah mengikut Seksyen 3 (3), Akta Polis 1967.
Berdasarkan peruntukan itu, saya menyeru kepada semua pemimpin parti politik agar mengutamakan keharmonian dan sentiasa mematuhi peraturan dalam keghairahan berkempen bagi membantu calon yang bertanding memenangi kerusi.
Berdasarkan peruntukan itu, saya menyeru kepada semua pemimpin parti politik agar mengutamakan keharmonian dan sentiasa mematuhi peraturan dalam keghairahan berkempen bagi membantu calon yang bertanding memenangi kerusi.
Katanya jumlah keanggotaan pegawai dan anggota yang dihantar bertugas sepanjang kempen pilihan raya ialah seramai 3,000 orang dan saya tidak bercadang untuk menambah jumlah itu, memadailah kekuatan yang sedia ada, walaupun kita jangka lebih ramai pemimpin dan penyokong parti politik akan hadir untuk membantu calon.
No comments:
Post a Comment