JIKA BOLEH LUCUTKAN TARAF WARGANEGARA
SHAH ALAM 16 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perbuatan mempersendakan bulan Ramadhan di laman Facebook oleh Alvin Tan dan Vivian Lee jika dibenarkan undang-undang, mereka seharusnya dilucut kewarganegaraan.
|
Katanya, namun undang-undang di negara ini tidak pernah melucutkan kewarganegaraan seseorang. Jelasnya, perbuatan menceroboh agama lain adalah perkara yang tidak baik dan boleh sampai ke peringkat mencetuskan rusuhan .
Beliau berkata, jika kita lihat, di negara lain banyak berlaku rusuhan disebabkan oleh agama, namun Alhamdulillah negara kita tidak berlaku rusuhan itu. Namun, apa yang kita nampak perbuatan ini adalah tidak bertanggungjawab dan menyakitkan hati orang lain yang mungkin orang lain akan balas lalu bermusuh Mereka ini adalah orang yang tidak ada akal dan bodoh yang tidak boleh di ajar.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Alvin Tay Jye Yee, 25, dan pasangannya, Vivian Lee, 24, yang mempersenda bulan Ramadan dengan memuat naik gambar makanan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini. Beliau menambah, jika berlaku rusuhan , mereka ini tidak akan bertanggungjawab dan perlu dikenakan tindakan tegas jika tidak dilucutkan kewarganegaraan.
Selain itu, Mahathir turut berkata, undang-undang dibuat adalah untuk menentukan hidup kita lebih selesa. Undang-undang dibuat untuk menjadikan masayarkat kita lebih sempurna dan jika mansuhkan semua undang-undang, saya fikir kita akan binasa.
No comments:
Post a Comment